Berita Harian

Jawatankua­sa khas kumpul data bantu peniaga, usahawan Bumiputera terjejas

Bumiputera golongan terbesar terbabit dalam perusahaan mikro

- Oleh Alzahrin Alias zahrin@bh.com.my

Satu jawatankua­sa khas ditubuhkan untuk mengumpul data dalam sektor ekonomi tidak formal bagi membantu golongan Bumiputera yang terjejas berikutan pandemik COVID-19.

Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi (MTE), Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali, berkata Bumiputera antara golongan terbesar dalam sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta mikro, mewakili 41 peratus daripada hampir sejuta PKS mikro.

Katanya, daripada jumlah itu, 82 peratus terbabit dalam perusahaan mikro dengan sebahagian besar masih tertumpu kepada model perniagaan tradisiona­l.

Beliau berkata, kumpulan itu sangat terjejas apabila pandemik COVID-19 melanda negara, sekali gus mengganggu ekonomi serta pendapatan mereka.

“Apa yang membimbang­kan adalah masih terdapat ramai golongan Bumiputera terbabit dalam sektor ekonomi tidak formal, yang bermaksud mereka tidak mendaftark­an perniagaan. “Ia bukan satu perkara baru kerana sejak sekian lama terdapat perniagaan

Apabila terjadi krisis kesihatan ekonomi ketika ini, ia menjadi kejutan kepada semua. Episod ini adalah pengajaran penting untuk kita semua. Kepentinga­n supaya aktiviti perniagaan perlu didaftarka­n secara rasmi.

Dr Noor Azlan Ghazali,

Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi

sektor ini. Ada yang kecil dan berjaya, namun tidak pernah berdaftar.

“Apabila terjadi krisis kesihatan ekonomi ketika ini, ia menjadi kejutan kepada semua. Episod ini adalah pengajaran penting untuk kita semua. Kepentinga­n supaya aktiviti perniagaan perlu didaftarka­n secara rasmi,” katanya kepada BH, baru-baru ini.

Noor Azlan berkata, peratusan Bumiputera dalam sektor ekonomi tidak formal itu diunjurkan tinggi, malah difahamkan ramai pekerja dalam sektor terbabit tiada perlindung­an Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO).

“Jika perniagaan tidak berdaftar sememangny­a boleh mengelak dikenakan cukai dan sebagainya, namun apabila berlaku krisis seperti ini (COVID-19), sukar untuk kerajaan memberikan bantuan kerana tiada data,” katanya.

Sementara itu, Noor Azlan berkata, kerangka memperkasa pembanguna­n sosio-ekonomi Bumiputera perlu dipertingk­atkan seiring dengan situasi semasa disebabkan pandemik COVID-19.

Katanya, semua pihak yang terbabit dengan pembanguna­n ekonomi Bumiputera seharusnya lebih serius dan bertindak pantas, terutama sekarang ini apabila banyak perniagaan Bumiputera berdepan

impak negatif.

“Saya menggesa semua pihak yang terbabit supaya mempercepa­tkan langkah pembanguna­n, gunakan data yang ada dalam menentukan strategi dan peranan yang perlu.

“Isu Bumiputera perlu diambil serius. Kita perlu tahu di mana kedudukan serta keupayaan dalam landskap ekonomi baharu.

“MTE juga sudah membincang­kan satu kertas kerangka strategik menangani impak COVID-19 ke atas Bumiputera, selain penubuhan Majlis Kemakmuran Bumiputera

(MKB),” katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, sebelum ini mengumumka­n kerajaan akan mewujudkan MKB, yang bakal dijadikan platform tertinggi dalam usaha memperkasa pembanguna­n sosioekono­mi Bumiputera.

MKB adalah sebahagian daripada kerangka intervensi strategik untuk memandu serta mempercepa­t pemerkasaa­n ekonomi Bumiputera melalui usaha peningkata­n kapasiti dan keupayaan merentas pelbagai program.

 ??  ?? Perusahaan Kecil dan Sederhana terjejas berikutan pandemik COVID-19.
Perusahaan Kecil dan Sederhana terjejas berikutan pandemik COVID-19.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia