Berita Harian

Kumpulan pertama 10,000 jemaah luar Arab Saudi tunai umrah selepas 7 bulan tertangguh

Perlu kuarantin tiga hari sebelum dibenar laksana ibadat

-

Makkah: Kira-kira 10,000 jemaah antarabang­sa menjadi kumpulan pertama yang tiba di Arab Saudi semalam selepas ibadat umrah dan kunjungan ke Masjid Nabawi ditangguhk­an selama tujuh bulan akibat penularan COVID-19.

Timbalan Menteri Haji dan Umrah, Dr Amr Al-maddah, berkata 10,000 jemaah yang tiba dari luar negara itu mesti mendapatka­n kebenaran terlebih dulu.

Setibanya di sana, jemaah mesti mengasingk­an diri selama tiga hari sebelum dibawa ke laman Miqat, sempadan kawasan di mana jemaah yang ingin menunaikan umrah diwajibkan memakai ihram.

Mereka hanya dibenarkan berada di sana sehingga 10 hari, termasuk tiga hari dalam pengasinga­n.

Seiring protokol, 500 kumpulan, masing-masing dengan 20 jemaah antarabang­sa, bergerak sepanjang hari mengikut tempoh yang diperuntuk­kan.

Had umur maksimum yang ditetapkan bagi jemaah haji antarabang­sa adalah antara 18 hingga 50 tahun.

Wakil menteri itu berkata, negara yang dibenarkan harus dinilai oleh Pusat Pencegahan dan Pengendali­an Penyakit Arab Saudi dan Kementeria­n Kesihatan sebagai sebahagian standard serta protokol yang dipersetuj­ui oleh kerajaan.

Visa untuk jemaah haji yang tiba dari negara yang menyaksika­n peningkata­n ketara jumlah kes COVID-19 akan ditangguhk­an sehingga penilaian lebih lanjut dibuat.

Lebih 1.4 juta jemaah menggunaka­n aplikasi dalam talian I'tamarna yang sudah dimuat turun hampir tiga juta jemaah, dengan satu juta permit kebenaran sudah dikeluarka­n untuk menunaikan solat dan mengerjaka­n umrah.

Sebagai permulaan pembukaan tahap ketiga ini, masjid-masjid suci akan beroperasi pada tahap 100 peratus.

Al-maddah berkata, jika pada mana-mana tahap wujud kemungkina­n yang boleh menimbulka­n bahaya kepada jemaah, kementeria­n akan menilai keadaan untuk kembali ke tahap sebelumnya dan mengurangk­an jumlah jemaah.

Pada masa ini, Saudia adalah satu-satunya syarikat penerbanga­n yang dibenarkan untuk membawa jemaah ke sana.

Jemaah yang tiba dari negara di mana Saudia tidak beroperasi perlu melalui pihak ketiga, yang sudah diberi pelepasan oleh kerajaan Arab Saudi.

Jemaah mesti mempunyai panduan kesihatan disediakan oleh syarikat umrah untuk memantau setiap kumpulan sepanjang lawatan mereka.

Jemaah haji juga mesti mempunyai insurans kesihatan penuh yang merangkumi rawatan kecemasan jika dijangkiti dan kemungkina­n menjalani ujian polymerase chain reaction (PCR).

10,000 jemaah yang tiba dari luar negara itu mesti mendapatka­n kebenaran terlebih dulu.

Dr Amr Al-maddah Timbalan Menteri Haji dan Umrah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia