Berita Harian

Panggilan Talian Kasih 15999 meningkat sekali ganda, rakyat minta bantuan sejak gelombang ketiga COVID-19

Jumlah panggilan naik sekali ganda sejak gelombang ketiga pandemik

- Oleh Samadi Ahmad bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerima kes aduan yang semakin meningkat sejak gelombang ketiga COVID-19 berikutan tekanan diberhenti­kan kerja.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun, berkata ini kerana ada antara pasangan suami isteri yang diberhenti­kan kerja menghadapi masalah membayar balik pinjaman, selepas tempoh moratorium tamat pada September lalu.

Katanya, Pusat panggilan Talian Kasih 15999 kembali menjadi perhatian masyarakat sejak gelombang ketiga COVID-19 bermula 20 September lalu, dengan peningkata­n sekali ganda daripada 6,770 panggilan bagi tempoh itu kepada 12,240 panggilan, bulan lalu.

“Pada Oktober, kementeria­n menerima 7,768 panggilan dan 4,472 melalui aplikasi Whatsapp dengan merekodkan jumlah 12,240 aduan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Program Kembara Prihatin Negara 2020 (KPN 2020) di kementeria­nnya, semalam.

Katanya, pada September pula sebanyak 5,391 panggilan dan 1,379 pesanan Whatsapp dengan merekodkan jumlah 6,770 aduan.

Rina berkata, aduan yang diterima berkaitan isu semasa, moratorium bayaran pinjaman, isu kewangan, keperluan anak-anak dan bagaimana menjana pendapatan kerana ada pasangan yang kehilangan kerja.

“Bermula pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga Oktober, KPWKM merekodkan sejumlah 153,024 aduan membabitka­n 93,109 panggilan dan 59,915 Whatsapp,” katanya.

Mengenai program KPN 2020, Rina berkata, program berkenaan akan menyantuni 108 daerah di seluruh negara membabitka­n kawasan tumpuan seperti pasar pagi, pasar tani, pasar malam, kompleks niaga, pusat komuniti setempat dan taman perumahan serta Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Katanya, ia adalah kerjasama strategik KPWKM bersama Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bagi membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Beliau berkata, kementeria­n menyasarka­n satu juta penerima daripada KPN 2020, berbentuk bakul makanan yang diadakan sepanjang tahun ini.

Ditanya kesukaran rakyat Sabah mendapatka­n bantuan termasuk bakul makanan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD), Rina berkata, bantuan bakul makanan adalah berdasarka­n kepada permohonan dan ia disalurkan kepada tempat dan mereka yang memerlukan.

Beliau berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menyemak aduan individu yang tidak mendapat bakul makanan dari semasa ke semasa.

Rina turut mengajak syarikat korporat menghulurk­an sumbangan sama ada dalam bentuk kewangan atau barangan bagi sama-sama membantu rakyat yang terkesan susulan pandemik COVID-19.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Rina menunjukka­n kod QR untuk akses maklumat JKM ketika melawat kaunter bergerak JKM pada majlis pelancaran Program Kembara Prihatin Negara 2020 di Putrajaya, semalam.
(Foto BERNAMA) Rina menunjukka­n kod QR untuk akses maklumat JKM ketika melawat kaunter bergerak JKM pada majlis pelancaran Program Kembara Prihatin Negara 2020 di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia