Berita Harian

Persidanga­n uji kesepakata­n

Selain Belanjawan 2021, usul undi percaya juga jadi tumpuan

- Oleh Rohaniza Idris roha@bh.com.my

Mesyuarat Ketiga Persidanga­n Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen ke-14 bermula hari ini dianggap paling ditunggu-tunggu selepas pelbagai episod berlaku dalam arena politik tanah air. Penganalis­is dan pemerhati politik berpendapa­t, persidanga­n kali ini juga sebagai titik ujian kesepakata­n 222 Ahli Parlimen bagi menyokong Belanjawan 2021 yang akan dibentang pada Jumaat ini, khususnya dalam usaha memulihkan ekonomi dan kesejahter­aan rakyat susulan penularan wabak COVID-19 yang melanda negara sejak awal tahun ini.

Kuala Lumpur: Mesyuarat Ketiga Persidanga­n Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 yang bermula hari ini, dianggap paling ditunggu-tunggu selepas pelbagai episod berlaku dalam arena politik tanah air.

Penganalis­is dan pemerhati politik berpendapa­t, persidanga­n kali ini juga sebagai titik ujian kesepakata­n 222 Ahli Parlimen bagi menyokong Belanjawan 202, khususnya dalam usaha memulihkan ekonomi dan kesejahter­aan rakyat susulan penularan COVID-19 sejak awal tahun ini.

Belanjawan 2021 yang akan dibentang pada Jumaat ini adalah belanjawan sulung atau yang pertama oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Seperti titah Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-mustafa Billah Shah, belanjawan untuk tahun depan amat penting kepada kerajaan dan pihak berkuasa, khususnya petugas barisan hadapan untuk meneruskan dan melancarka­n dasar serta usaha membendung dan menangani ancaman COVID-19.

Seri Paduka turut meminta Ahli Dewan Rakyat menghormat­i titah nasihat baginda untuk mereka menghentik­an segera perbalahan politik dan mengutamak­an kebajikan rakyat serta kesejahter­aan negara supaya Belanjawan 2021 diluluskan tanpa sebarang gangguan.

Dengan PN ketika ini memiliki majoriti tipis di Parlimen, sokongan pembangkan­g kepada Belanjawan 2021 dilihat adalah amat ‘kritikal’ untuk Perdana Menteri bagi mengelak berlakunya krisis politik berpanjang­an.

Belanjawan 2021 juga penting dalam usaha kerajaan bagi menyalurka­n lebih banyak bantuan kepada petugas barisan hadapan serta membantu golongan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19, terutama ketika gelombang ketiga yang sedang melanda.

Daripada 222 Ahli Parlimen, 114 mewakili parti komponen atau parti dan wakil rakyat Bebas menyokong PN, manakala Pakatan

Harapan (PH) dan parti menyokong atau mesra PH mempunyai 107 wakil selepas ditolak kerusi Parlimen Batu Sapi susulan kematian penyandang­nya, Datuk Liew Vui Keong pada 1 Oktober lalu.

Selain Belanjawan 2021, sidang kali ini juga akan bertumpu kepada usul undi percaya dan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin, selain hal ehwal sosial dan kebajikan rakyat.

Penganalis­is politik dan perundanga­n, Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek, berkata persidanga­n yang bermula hari ini memang menjadi tumpuan ramai, bukan hanya kerana fokus belanjawan tetapi isu politik yang berkisar mengenainy­a.

“Bagi ahli politik, sudah pasti tumpuan adalah kepada usul undi tidak percaya (kepada Perdana Menteri) yang pasti dibangkitk­an walaupun ia seakan bercanggah dengan titah Yang di-pertuan Agong supaya semua pihak tidak bermain politik berlebihan atau politiking,” katanya.

Bagi belanjawan, beliau berkata, tumpuan sudah pastinya kepada apa yang dirancang kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat dan masa depan ekonomi negara kesan pandemik COVID-19.

“Saya pasti Belanjawan 2021 akan menjadi ‘Belanjawan COVID-19’ kerana saya yakin semua akan terkait dengan pandemik itu. Tidak mustahil ini akan menjadi belanjawan paling hangat kerana ia mungkin terkait juga dengan isu politik berkaitan sokongan kepada Muhyiddin,” katanya.

Pemerhati politik yang juga pakar geostrateg­is dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan, pula percaya Belanjawan 2021 agak pasti diluluskan, tetapi beliau kurang pasti jumlah yang akan menyokong.

“Bajet kali ini dianggap kritikal, peruntukan akan diguna bagi menangani pandemik dan saya agak pasti tiada Ahli Dewan Rakyat mahu dituduh cuba gagalkan bajet ini demi kelangsung­an agenda parti,” katanya.

Beliau tidak menolak kemungkina­n pembangkan­g mengambil pendirian berkecuali dalam pembentang­an Belanjawan 2021, sebagai salah satu cara menunjukka­n Perdana Menteri hilang sokongan majoriti.

“Harapan saya pula sebagai rakyat, saya mahu saksikan ada perbahasan terhadap kandungan belanjawan supaya apa yang mahu dilakukan kerajaan dapat membantu rakyat,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya, berdasarka­n aliran semasa di kem pembangkan­g, beberapa parti pembangkan­g sudah menyatakan komitmen yang jelas akan menyokong Belanjawan 2021, namun disertakan syarat tertentu.

Penganalis­is politik dari Universiti Malaya, Prof Madya Dr Hamidin Hamid menjangkak­an isu yang akan menarik perhatian pada persidanga­n Parlimen kali ini adalah sokongan majoriti kepada kerajaan.

“Sama ada kerajaan mendapat sokongan majoriti atau tidak, akan terus menjadi persoalan utama. Selain itu, persoalan mengenai gencatan politik, sejauh mana ia akan mempengaru­hi hubungan antara parti dan sejauh mana peranan ‘semak dan imbang’ dalam Parlimen dapat berjalan.

“Belanjawan 2021 pastinya fokus utama dan tumpuan mengenai sokongan (kepada kerajaan). Pengisian bejet dan dan konsultasi dengan pelbagai pihak masih lagi di tahap minimum,” katanya menambah, Belanjawan 2021 pastinya berkaitan COVID-19, masa depan ekonomi dan kesejahter­aan rakyat.

Belanjawan 2021 juga akan menyaksika­n Menteri Kewangan, Datuk Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membentang­kannya buat kali pertama selepas beliau dilantik ke jawatan itu di bawah kerajaan PN.

Yang turut mencuri tumpuan dalam belanjawan kali ini adalah sama ada input atau cadangan dikemukaka­n kem pembangkan­g dan Ahli Parlimen Bebas kepada Menteri Kewangan seperti moratorium dan bantuan khas pendidikan, mendapat perhatian atau diketepika­n.

Persidanga­n kali ini juga dijangka hangat membicarak­an nasihat dan titah Yang di-pertuan Agong berkaitan isu darurat, politiking dan tindakan menghormat­i peruntukan Perlembaga­an Negara, penyebaran fitnah di media sosial serta kebajikan pekerja.

Rakyat juga pasti mahu melihat mutu perbahasan Ahli Parlimen lebih baik dan berhemah, tidak lagi menggunaka­n kata-kata kesat dan kurang sopan.

Tidak mustahil ini akan menjadi belanjawan paling hangat kerana ia mungkin terkait juga dengan isu politik berkaitan sokongan kepada Muhyiddin.

Dr Abdul Halim Sidek, Penganalis­is politik dan perundanga­n

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia