Berita Harian

PM jumpa pemimpin sekutu bincang persiapan

-

Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengadakan perjumpaan dengan pemimpin parti sekutu Perikatan Nasional (PN), bagi membincang­kan persiapan menjelang persidanga­n Dewan Rakyat yang bermula hari ini.

Sesi bermula kira-kira jam 12.30 tengah hari itu yang turut bertumpu kepada pembentang­an Belanjawan 2021, antara lain dihadiri Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Yang turut hadir, Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg; Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili; Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswara­n.

Yang hadir sama, Ketua Penerangan PN merangkap Menteri Kanan (Ekonomi), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Pengerusi Kelab Penyokong PN, Datuk Seri Shahidan Kassim. Sesi pertemuan dengan presiden parti dilaporkan selesai menjelang jam 2.30 petang.

Perdana Menteri kemudian dilapor mengadakan pertemuan dengan Ketua Whip parti sekutu PN di hotel sama, termasuk Setiausaha Agung merangkap Ketua Whip PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua Whip GPS yang juga Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Ketika ditemui media, Mohamed Azmin yang juga Ketua Whip Kerajaan PN, berkata pada pertemuan itu, Muhyiddin antara lain meminta semua barisan pemimpin kerajaan dan parti sekutu PN bersedia untuk menghadapi sidang Dewan Rakyat yang akan bermula hari ini.

“Perjumpaan ini hanya mesyuarat pra-majlis membabitka­n Ketua Whip dan Perdana Menteri memaklumka­n kepada kami perkembang­an terkini dan kami perlu bersedia untuk sesi (Parlimen) yang akan berlangsun­g,” katanya.

Muhyiddin yang juga Pengerusi PN merangkap Presiden BERSATU meninggalk­an hotel berkenaan pada kira-kira jam 5 petang dan hanya melambai kepada petugas media yang menunggu di lobi hotel ketika ditanya mengenai hasil mesyuarat berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia