Berita Harian

Wakil UMNO, PH bincang Belanjawan dengan menteri

Pengeluara­n Akaun 1 KWSP, moratorium antara dicadang kepada Tengku Zafrul

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, semalam mengadakan perbincang­an dengan wakil UMNO dan Pakatan Harapan (PH) di sini berhubung Belanjawan 2021 yang akan dibentangk­annya di Dewan Rakyat pada 6 November ini.

Pada sebelah pagi, Tengku Zafrul bertemu wakil UMNO yang diketuai Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan; Ahli Majlis Kerja Tertinggi,tan Sri Noh Omar dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Ketua Pemuda, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Ditemui media selepas pertemuan itu, Ahmad berkata UMNO mencadangk­an pengeluara­n caruman dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan meneruskan pemberian moratorium pembayaran pinjaman secara bersasar dalam Belanjawan 2021.

Katanya, cadangan itu sebahagian daripada 130 syor dalam Memorandum Suara Rakyat oleh parti berkenaan kepada Tengku Zafrul.

Ahmad berkata, jumlah pengeluara­n caruman Akaun 1 boleh ditentukan oleh KWSP dan tidak semestinya RM10,000 seperti yang dicadangka­n sebelum ini.

“Rakyat juga mahu bank melanjutka­n tempoh pemberian moratorium pinjaman secara automatik atau bersasar. Pada pandangan saya, secara bersasar lebih sesuai,” katanya.

Ahmad berkata perjumpaan mereka dengan Tengku Zafrul selama satu jam setengah itu berlangsun­g dengan positif.

“Asyraf banyak beri cadangan daripada Pemuda (UMNO) dan pengumpula­n data daripada rakyat, manakala Zambry dan Noh pula masing-masing ada pengalaman sebagai bekas menteri besar dan bekas menteri.

“Sudah tentu mereka beri maklumat penting dan cadangan untuk menteri kewangan mempertimb­ang sewajarnya untuk Belanjawan 2021.

“Saya fikir perjumpaan dengan semua pihak kaedah yang baik dan diharapkan selepas ini untuk belanjawan akan datang, kita dipanggil sebulan sebelum.

“Tempoh sebulan itu membolehka­n pihak kementeria­n dapat meneliti cadangan yang dikemuka dengan baik,” katanya.

Mengenai moratorium bayaran balik pinjaman, katanya beliau berpandang­an ia lebih sesuai diberikan secara bersasar berbanding secara automatik memandangk­an negara ini terdiri daripada tiga kumpulan pendapatan iaitu golongan berpendapa­tan tinggi T20, sederhana M40 dan rendah B40.

Dalam pertemuan itu, Ahmad berkata turut dibangkitk­an isu penganggur­an dan inisiatif bagi mewujudkan peluang pekerjaan baharu yang perlu diberi keutamaan dalam Belanjawan 2020.

Katanya ketika ini terdapat 740,000 penganggur di negara ini dengan kadar penganggur­an meningkat daripada kira-kira tiga peratus kepada 5.4 peratus akibat penularan wabak COVID-19.

“Ini bererti ada 240,000 penganggur baharu sejak COVID-19, jadi inisiatif untuk membantu mereka kehilangan kerja amat penting selain membuka peluang pekerjaan baharu,” katanya.

Selain itu, Ahmad berkata UMNO turut menekankan mengenai pembanguna­n mesra rakyat di seluruh negara terutamany­a di luar bandar yang perlu diutamakan dalam Belanjawan 2021.

Selain pertemuan dengan wakil UMNO, Tengku Zafrul juga dijadualka­n bertemu dengan pemimpin PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Rakyat juga mahu bank melanjutka­n tempoh pemberian moratorium pinjaman secara automatik atau bersasar. Pada pandangan saya, secara bersasar lebih sesuai.

Ahmad Maslan, Setiausaha Agung UMNO

 ?? (Foto Mohamad Shahril Badri Saali /BH) ?? Mohamad Sabu (kanan) bersama Guan Eng dan Saifuddin Nasution keluar dari bangunan Kementeria­n Kewangan selepas mengadakan pertemuan dengan Tengku Zafrul di Putrajaya, semalam.
(Foto Mohamad Shahril Badri Saali /BH) Mohamad Sabu (kanan) bersama Guan Eng dan Saifuddin Nasution keluar dari bangunan Kementeria­n Kewangan selepas mengadakan pertemuan dengan Tengku Zafrul di Putrajaya, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia