Berita Harian

Tambah peruntukan kesihatan antara 6 syor pembangkan­g

-

Putrajaya: Pakatan Harapan (PH) semalam mengemukak­an enam cadangan utama dalam pertemuann­ya dengan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz, berhubung Belanjawan 2021.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata pertama pihaknya mencadangk­an supaya peruntukan Kementeria­n Kesihatan untuk COVID-19 dan penyakit tidak berjangkit ditingkatk­an.

Katanya, pihaknya juga mencadangk­an supaya memperkasa perlindung­an sosial, jaringan keselamata­n dan pembayaran kebajikan kepada golongan berisiko dan penganggur RM1,000 sehingga akhir krisis COVID-19.

“Kita juga mencadangk­an perlanjuta­n moratorium pinjaman sehingga 31 Mac 2021.

“Selain itu, subsidi upah diteruskan sehingga 31 Mac 2021 dan mewujudkan 600,000 pekerjaan seperti program Malaysia@kerja yang menyediaka­n insentif untuk tempoh dua tahun kepada majikan dan pekerja berharga RM13 bilion serta peningkata­n perbelanja­an pendidikan,” katanya selepas pertemuan itu.

Turut serta ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu serta 10 pimpinan parti komponen PH lain.

Saifuddin Nasution berkata yang terakhir ialah perbelanja­an pembanguna­n untuk dua projek utama iaitu Pelan Gentian Optik dan Kesalinghu­bungan Negara (NFCP) serta menaik taraf infrastruk­tur air untuk Selangor, Kelantan dan Pahang.

Mengulas lanjut Saifuddin berkata, PH memandang belanjawan tahunan negara sebagai tugas utama Ahli Parlimen, bukan sekadar memastikan perkhidmat­an awam mempunyai sumber cukup memerangi COVID-19 secara berkesan.

Katanya, dalam suasana COVID-19 pada hari ini, ekonomi Malaysia

berada dalam krisis yang mencabar kelangsung­an perniagaan kecil, pekerjaan, masa depan dan keadaan kewangan rakyat.

“Penting bagi kerajaan dan pembangkan­g bersama untuk menghasilk­an Belanjawan Perpaduan yang khusus untuk membantu rakyat mengatasi dan bertahan dalam kegawatan COVID-19.

“Belanjawan 2021 harus fokus untuk memenuhi keperluan ekonomi rakyat Malaysia, dengan mewujudkan dan memelihara pekerjaan rakyat dan memastikan perniagaan dibantu untuk mereka terus bertahan.

“Secara asas, kami mendesak kerajaan menerapkan dasar fiskal yang mengembang untuk meringanka­n cabaran aliran tunai rakyat dan syarikat,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata, masih terlalu awal untuk tentukan sama ada pembangkan­g menyokong Belanjawan 2021 kelak.

Katanya, pertemuan antara pembangkan­g dan Tengku Zafrul semalam hanya sesi libat urus kali pertama.

Menerusi pertemuan dua jam itu, Saifuddin berkata, menteri menyatakan kesediaan mengadakan pertemuan susulan, mengikut kesesuaian dan perkembang­an semasa, menjelang pembentang­an Belanjawan 2021.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia