Berita Harian

Ahli Parlimen PEJUANG sedia sokong Belanjawan 2021

-

Langkawi: Ahli Parlimen Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) sedia menyokong Belanjawan 2021 yang dijangka dibentangk­an Jumaat ini, namun perlu meneliti kandungann­ya.

Pengerusi penajanya, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Ahli Parlimen PEJUANG akan meneliti terlebih dahulu semua kandungan belanjawan terbabit bagi mengetahui butiran lanjut.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, adalah menjadi tanggungja­wab Ahli Parlimen membaca dan memahami setiap dokumen yang dibentangk­an di Parlimen.

“Kita hendak bersetuju, tetapi kita tidak tahu apa dia (kandungan belanjawan). Takkan kita hendak tanda tangan ‘cek kosong’, jadi kita hendak tahu apa ada dalam belanjawan.

“Laporan berkenaan belanjawan ini tebal, ada dua bahasa jadi kita kena baca dahulu,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan bersama wakil PEJUANG Langkawi di sini, kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas titah Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah, yang menasihati anggota Dewan Rakyat memberi sokongan kepada Belanjawan 2021 demi kesejahter­aan rakyat serta pemulihan ekonomi negara yang terkesan akibat COVID-19.

Sidang Dewan Rakyat berlangsun­g hari ini dan pembentang­an Belanjawan 2021 dijangka dibuat Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Mengulas mengenai pendaftara­n PEJUANG yang belum diluluskan sehingga kini, bekas Perdana

Dr Mahathir Mohamad

Menteri itu meminta Pendaftara­n Pertubuhan (ROS) menjelaska­n butiran lengkap diperlukan bagi proses mendaftark­an parti itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, mengesyork­an Belanjawan Perpaduan 2021 dengan menyediaka­n perisai ekonomi COVID-19 berjumlah RM31.4 bilion.

Katanya, belanjawan itu perlu merangkumi lanjutan moratorium pinjaman bank secara automatik selama enam bulan, insentif pengambila­n pekerja dan majikan serta bantuan bulanan RM1,000 bagi menyelamat­kan pekerjaan dan mata pencarian.

“Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin harus memulakan proses rundingan Belanjawan Perpaduan 2021 dengan parti pembangkan­g, merangkumi dasar kewangan bagi memenuhi aspirasi Yang di-pertuan Agong untuk menangani masalah COVID-19 dan membantu ekonomi rakyat.

“Tidak ada pihak yang dapat mempertika­i bahawa lebih banyak dana harus diperuntuk­kan bagi barisan hadapan negara yang sedang memerangi gelombang ketiga jangkitan COVID-19 ini,” katanya dalam kenyataan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia