Berita Harian

PKPB dua negeri, KL beri tempias unjuran ekonomi

Pertumbuha­n semasa adalah negatif 5.3 peratus kesan pandemik

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim luqman.arif@bh.com.my

Kegiatan ekonomi turut terima

Kuala Lumpur: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikenakan terhadap dua negeri dan Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur ketika ini dijangka memberi ‘tempias’ terhadap kadar unjuran pertumbuha­n ekonomi 2021.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata kadar pertumbuha­n semasa ekonomi adalah negatif 5.3 peratus, susulan pelbagai kesan daripada pandemik COVID-19.

Bagaimanap­un, katanya, situasi ekonomi yang merudum itu diunjurkan kembali berkembang pada kadar tujuh hingga lapan peratus, menjelang tahun depan, selari usaha pemulihan pasca pandemik COVID-19.

“Unjuran itu adalah daripada Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF) yang menjangkak­an Malaysia antara negara paling pantas dapat pulih daripada COVID-19.

“Sekiranya kadar pertumbuha­n itu berupaya dicapai, ia dapat mengurangk­an pelbagai masalah dihadapi golongan miskin kerana bakal mencetuska­n kesan limpah terhadap ekonomi domestik.

“Tetapi, susulan PKPB di Sabah, Selangor dan Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur yang mengikut statistik menyumbang hampir 50 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), sukar untuk kita buat ramalan kadar perkembang­an ekonomi pada 2021.

“Oleh itu, kerajaan sentiasa memantau rapi perkembang­an semasa, namun langkah PKPB ini mungkin akan jejaskan unjuran perkembang­an ekonomi pada kadar tujuh hingga lapan peratus,” katanya dalam wawancara bersama ASTRO Awani, semalam.

Menyentuh inti pati Belanjawan 2021, Mustapa berkata, peruntukan untuk tahun depan itu belum dibentangk­an, namun kerajaan merintis usaha menyediaka­n pelbagai pakej dan insentif menjangkau RM305 bilion sebelum ini bagi membantu rakyat.

Sekiranya diteliti saiz peruntukan disediakan menerusi empat pakej fiskal dan rangsangan sejak April lalu, beliau berkata, perangkaan berkenaan adalah lebih besar daripada belanja mengurus untuk kerajaan.

“Ia boleh dikatakan belanjawan mini, namun apa yang pasti, kerajaan kena terus berbelanja kerana defisit itu tidak lagi relevan sekarang dalam situasi negara berdepan pandemik kesihatan.

“Ada juga pandangan mengatakan kita perlu beri peruntukan lebih kepada belanja struktur, namun semuanya akan diteliti supaya belanjawan ini dapat mencakupi kepentinga­n segenap rakyat.

“Kita perlu pastikan supaya tiada rakyat tersisih daripada menerima bantuan kerana masing-masing terjejas angkara COVID-19,” katanya.

Unjuran itu adalah daripada Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF) yang menjangkak­an Malaysia antara negara paling pantas dapat pulih daripada COVID-19.

Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)

 ?? (Foto hiasan) ?? tempias susulan PKPB yang dilaksanak­an di dua negeri dan Kuala Lumpur..
(Foto hiasan) tempias susulan PKPB yang dilaksanak­an di dua negeri dan Kuala Lumpur..
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia