Berita Harian

Sabah, Lembah Klang catat 874 kes

Semua jangkitan babit penularan tempatan, Selangor rekod 225 kes

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Sejumlah 957 kes baharu COVID-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif 32,505 kes dengan jumlah kes aktif dan kebolehjan­gkitan sebanyak 10,036 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata semua kes baharu yang dilaporkan semalam adalah penularan tempatan dan Sabah masih mencatat jumlah kes harian tertinggi dengan 644 kes atau 67.3 peratus daripada keseluruha­n kes.

Selain Sabah, negeri di Lembah Klang mencatat 230 kes atau 24 peratus daripada keseluruha­n kes.

“Sabah dan Lembah Klang mencatat 874 kes bersamaan 91.3 peratus daripada jumlah harian kes positif COVID-19.

“Ia berikutan lebih banyak pengesanan kes di negeri berkenaan susulan aktiviti di lapangan yang giat dijalankan termasuk pengesanan kontak rapat dan saringan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di Plaza Hentian, Kajang yang mencatat 91 kes baharu hari ini (semalam).

“Sebanyak 80 kes atau 8.36 peratus disumbang oleh kluster dalam penjara atau berkaitan pusat tahanan sementara.

“Antaranya Pusat Tahanan Sementara Tawau 54 kes, Kluster Penjara Seberang Perai 14, Kluster Penjara Kepayan enam dan masing-masing tiga kes dalam Kluster Benteng Lahad Datu serta

Kluster Rumah Merah,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Memperinci­kan pertambaha­n kes mengikut negeri, Dr Noor Hisham berkata, Selangor merekodkan 225 kes baharu semalam.

Ia diikuti Pulau Pinang, iaitu 23 kes, Labuan (18), Terengganu (15), Sarawak (11), Negeri Sembilan (lapan), Perak (lima), Kuala Lumpur (empat) dan masing-masing satu kes di Kedah, Melaka, Johor serta Putrajaya.

Setakat jam 12 tengah hari semalam, katanya, sebanyak 972 kes sembuh dilaporkan atau 68.4 peratus daripada keseluruha­n kes.

Ia berikutan lebih banyak pengesanan kes di negeri berkenaan susulan aktiviti di lapangan yang giat dijalankan termasuk pengesanan kontak rapat dan saringan.

Dr Noor Hisham Abdullah,

Ketua Pengarah Kesihatan

Sabah kekal mencatat kes sembuh harian tertinggi iaitu 658 kes diikuti Selangor (112), Negeri Sembilan (91), Kedah (41), Labuan (27), Pulau Pinang (24), Perak (10), Melaka (lima), Terengganu (dia) dan masing-masing satu kes di

Kuala Lumpur, Putrajaya serta Pahang.

Beliau memaklumka­n, tiada pertambaha­n kes kematian dicatatkan semalam dan jumlahnya kekal 249 kes atau 0.8 peratus daripada keseluruha­n kes.

 ?? (Foto Aizuddin Saad/bh) ?? Petugas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) lengkap memakai set perlindung­an diri membuat pemeriksaa­n di kawasan Plaza Hentian Kajang yang dilaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) pada hari kelima, semalam.
(Foto Aizuddin Saad/bh) Petugas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) lengkap memakai set perlindung­an diri membuat pemeriksaa­n di kawasan Plaza Hentian Kajang yang dilaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) pada hari kelima, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia