Berita Harian

Dua kluster baharu di Selangor, Pulau Pinang

-

Putrajaya: Dua kluster baharu dilaporkan semalam, membabitka­n Selangor dan Pulau Pinang selepas saringan individu bergejala serta dalam kalangan pesakit jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kluster pertama dikesan di daerah Klang dan Petaling di Selangor yang dikenali sebagai Kluster Usaha.

“Kes indeks bagi kluster ini (kes ke-30,697) dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 30 Oktober lalu sebelum dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

“Sehingga jam 12 tengah hari ini (semalam), seramai 25 individu sudah disaring dan kita mengesan 17 individu positif COVID-19, lima individu negatif dan tiga lagi masih menunggu keputusan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, kluster kedua dikenali sebagai Kluster Tembaga yang dikesan di daerah Timur Laut dan Barat Daya di Pulau Pinang.

Dr Noor Hisham berkata, kes indeks bagi kluster itu (kes ke-29,359) dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan SARI pada 28 Oktober lalu dan saringan sudah dijalankan ke atas 69 individu.

“Daripada jumlah itu, tujuh individu dikesan positif COVID-19, manakala 13 individu negatif dan 49 lagi masih menunggu keputusan,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 35 kluster termasuk dua kluster baharu itu mencatat pertambaha­n kes positif COVID-19 semalam.

Katanya, kluster yang mencatat pertambaha­n kes tertinggi ialah Kluster Hentian, iaitu 90 kes diikuti Kluster Bah Manggis dengan 33 kes baharu.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Orang ramai berjalan di hadapan premis Jalan Tuanku Abdul Rahman yang kelihatan lengang susulan pelaksanaa­nperintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), semalam.
(Foto BERNAMA) Orang ramai berjalan di hadapan premis Jalan Tuanku Abdul Rahman yang kelihatan lengang susulan pelaksanaa­nperintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia