Berita Harian

MKN kaji wujud pusat kuarantin di Pulau Omadal

-

Kuala Lumpur: Majlis Keselamata­n Negara (MKN) akan membincang­kan keperluan mewujudkan pusat kuarantin di Pulau Omadal, Semporna dekat Sabah dalam mesyuarat khas hari ini.

Ia susulan dakwaan Kementeria­n Kesihatan (KKM) enggan mengambil risiko menguruska­n pesakit COVID-19 tidak mempunyai dokumen yang menetap di pulau berkenaan.

Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata cadangan itu akan diteliti secara menyeluruh dengan menitikber­atkan faktor kesesuaian lokasi dan petugas.

Selain itu, katanya, perbincang­an perlu dilakukan berikutan lokasi pulau berkenaan terletak kira-kira 18 kilometer dari pekan Semporna dan hanya boleh diakses menggunaka­n bot.

Beliau menegaskan, ia membabitka­n individu tidak berdokumen dan bukan menjadi tanggungja­wab KKM semata-mata.

“KKM akan bertindak terhadap mereka yang didapati positif, termasuk melakukan saringan dan sebagainya.

“Bagaimanap­un, apabila ia membabitka­n individu atau warga asing tidak berdokumen, Jabatan Imigresen perlu dibabitkan.

“Tindakan ini tidak boleh diambil sewenang-wenangnya kerana ia turut menyentuh masalah Imigresen.

“Saya akan bawa perkara ini dalam mesyuarat khas esok (hari ini) untuk dibincangk­an, terutama bagi kes seperti ini,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, pihaknya mungkin mewujudkan pusat kuarantin baharu di pulau berkenaan tetapi ia bergantung kepada pandangan MKN Sabah.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) akan dilaksanak­an di Pusat Tahanan Sementara Kota Kinabalu, Sabah bermula hari ini hingga 16 November depan.

“Seramai 56 daripada 261 tahanan dan kakitangan pusat tahanan ini disahkan positif COVID-19 kelmarin, selain PKPD membabitka­n 1,820 tahanan dan 114 kakitangan.

“Semua aktiviti keluar masuk ke pusat tahanan dan lawatan ahli keluarga tidak dibenarkan.

“Selain itu, PKPD di Penjara Alor Setar, Kedah, ditamatkan berkuat kuasa esok (hari ini), selepas saringan KKM mendapati tiada kes positif COVID-19 direkodkan dalam tujuh hari,” katanya.

Deretan kedai sunyi

 ?? (Foto BERNAMA) ?? dikenakan PKPD. selepas kawasan di Taman Semarak, Tawau
(Foto BERNAMA) dikenakan PKPD. selepas kawasan di Taman Semarak, Tawau

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia