Berita Harian

Syor buka semula TASKA di Lembah Klang dibincang

1.5 juta ibu bapa bekerja dari pejabat berdepan masalah mengurus anak

- Oleh Muhammad Yusri Muzamir yusri.muzamir@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kerajaan akan berbincang dengan pakar dari Kementeria­n Kesihatan (KKM) mengenai cadangan membuka semula Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) di Lembah Klang dalam pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia berikutan 1.5 juta daripada 2.5 juta pekerja di Selangor dan Kuala Lumpur perlu bekerja dari pejabat yang mungkin berdepan masalah menguruska­n anak.

“Kita memahami masalah dihadapi ibu bapa bekerja. Mungkin mereka tiada pembantu rumah. Kalau suami isteri bekerja, memang sukar dan takkan mereka nak tinggalkan anak di rumah. Kita sangat faham perkara ini sebab itulah kita mulakan dengan bekerja dari rumah.

“Sekurang-kurangnya sebahagian masalah ibu bapa menghantar anak ke TASKA dapat diselesaik­an.

“Mereka boleh menjaga anak sambil bekerja di rumah dan kita akan bincang secara terperinci kerana keputusan mesti dapat persetujua­n KKM,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Ismail Sabri berkata, arahan supaya TASKA sekitar Lembah Klang tidak dibenarkan beroperasi ketika PKPB dibuat berikutan kanak-kanak adalah golongan berisiko tinggi dijangkiti virus COVID-19.

“Kumpulan berisiko tinggi adalah kanak-kanak dan warga emas, sebab itulah kita selalu nasihat jangan bawa kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah pergi ke kawasan tumpuan awam.

“Itu juga sebabnya kita arahkan TASKA tidak dibuka,” katanya.

Kalau suami isteri bekerja, memang sukar dan takkan mereka nak tinggalkan anak di rumah. Kita sangat faham perkara ini.

Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Keselamata­n)

 ?? (Foto hiasan) ?? Pengurusan TASKA perlu mematuhi SOP kerana kanak-kanak berusia bawah 12 tahun adalah kumpulan berisiko tinggi terkena jangkitan virus COVID-19.
(Foto hiasan) Pengurusan TASKA perlu mematuhi SOP kerana kanak-kanak berusia bawah 12 tahun adalah kumpulan berisiko tinggi terkena jangkitan virus COVID-19.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia