Berita Harian

Hospital Sungai Buloh terima anugerah

-

Kuala Lumpur: Pasukan COVID-19 Hospital Sungai Buloh mendapat pengiktira­fan dengan menerima Anugerah Kesihatan Global (GHA) 2020 baru-baru ini berikutan usaha mereka memerangi pandemik itu.

Ketua Jabatan Penyakit Berjangkit hospital itu, Dr C Suresh Kumar serta Ketua Jabatan Anestesia dan Rawatan Rapi, Dr Shaiful Azman Zakaria, menerima anugerah itu sebagai pejuang COVID-19.

Berita gembira itu dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menerusi media sosialnya, kelmarin.

“Setinggi-tinggi tahniah kepada Dr Suresh Kumar dan Dr Shaiful Azman serta seluruh pasukan COVID-19 di Hospital Sungai Buloh atas pengiktira­fan di Global Health Awards 2020.

“Pencapaian yang sangat membanggak­an. Negara mengucapka­n terima kasih atas dedikasi, pengorbana­n dan kecemerlan­gan yang ditunjukka­n dalam usaha kita bersama-sama memerangi COVID-19,” katanya.

Menurut laman sesawang GHA, anugerah Asia Pasifik serantau itu bertujuan mengiktira­f syarikat dalam pelbagai pasaran serantau yang mengekalka­n piawaian yang tinggi secara konsisten dalam menyampaik­an penjagaan berkualiti untuk menggembir­akan pelanggan mereka di setiap peringkat dan dalam setiap interaksi.

Hospital Sungai Buloh ditetapkan sebagai hospital utama COVID-19 Malaysia sejak pandemik itu melanda negara pada Mac lalu.

Dr Suresh Kumar mempunyai pengalaman lebih 15 tahun sebagai perunding penyakit berjangkit di Hospital Sungai Buloh, manakala Dr Shaiful Azman mengkhusus dalam bidang anestesiol­ogi dan rawatan rapi sejak 1996 dan pernah bekerja di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kelantan.

Dr Sureh Kumar baru-baru ini berada di Sabah bagi membantu membendung penularan pandemik COVID-19 di negeri itu.

BERNAMA

Pencapaian yang sangat membanggak­an. Negara ucapkan terima kasih atas dedikasi, pengorbana­n dan kecemerlan­gan yang ditunjukka­n dalam usaha kita bersamasam­a memerangi COVID-19.

Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan

Dr Suresh Kumar

Dr Shaiful Azman Zakaria

 ?? (Foto FB Noor Hisham Abdullah) ?? menerima Anugerah Kesihatan Global 2020.
(Foto FB Noor Hisham Abdullah) menerima Anugerah Kesihatan Global 2020.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia