Berita Harian

Syor kerajaan perkasa rancangan TV Pendidikan

Lebih praktikal jimatkan kos, mampu diakses lebih ramai murid

- Oleh Muhammad Yusri Muzamir yusri.muzamir@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kerajaan disyor memperkasa rancangan televisyen pendidikan (TV Pendidikan) sebagai alternatif untuk menjalanka­n proses pengajaran dan pembelajar­an (PDP) ketika negara berdepan ancaman COVID-19.

Pakar pendidikan percaya, PDP menerusi TV Pendidikan lebih praktikal dan menjimatka­n kos selain mampu diakses lebih ramai murid, berbanding kelas secara dalam talian.

Prof Emeritus Datuk Dr Isahak Haron, berkata TV Pendidikan lebih berkesan kerana lebih ramai orang mempunyai akses kepada televisyen, berbanding gajet dan liputan internet yang memerlukan kos agak tinggi.

Bagaimanap­un katanya, kaedah TV Pendidikan sedia ada perlu ditambah baik, selain rakaman video boleh disiarkan di rumah dengan bahan PDP perlu dibuat secara kreatif bagi menarik minat pelajar.

“Modul kecil perlu dihasilkan dan dihantar ke rumah murid bagi melengkapk­an TV Pendidikan.

“Murid tidak boleh bergantung kepada video semata-mata, mereka

Pakar pendidikan

perlu ada latihan dan buku tulis untuk pemahaman lebih baik.

“Latihan dilakukan murid kemudian perlu diperiksa guru. Bagi tujuan ini, murid mungkin boleh pergi ke sekolah sekali seminggu untuk mendapatka­n nasihat atau berinterak­si dengan guru mereka,” katanya kepada BH, semalam.

Beliau mengulas kajian fasa kedua Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) dan Tabung Kependuduk­an Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNFPA) mendapati, satu daripada lima kanak-kanak hilang minat untuk bersekolah ketika penularan COVID-19.

Kajian sama mendapati, keadaan itu lebih buruk dalam kalangan isi rumah diketuai wanita apabila satu daripada empat kanak-kanak tidak berminat untuk belajar, walaupun hadir ke sekolah berikutan pandemik itu.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Aminuddin Awang, berkata TV Pendidikan perlu terus diperkasak­an supaya lebih menyeluruh dari segi liputan dan sukatan pelajaran.

“Kementeria­n Pendidikan perlu berusaha ke arah mewujudkan saluran khas TV Pendidikan kementeria­n. TV Pendidikan memang perlu bagi golongan murid tiada kesediaan dan kemampuan dari segi gajet dan internet,” katanya.

Mengulas laporan UNICEF dan UNFPA, beliau berkata, terdapat dua isu perlu diberi perhatian, iaitu memperkasa pembelajar­an maya dan aspek murid kurang motivasi untuk belajar.

Beliau berkata, kerajaan perlu mewujudkan peruntukan dalam Belanjawan 2021 untuk memberi bantuan kepada pelajar kurang berkemampu­an memiliki gajet dan capaian internet khusus untuk PDP saja.

Katanya, guru juga perlu diberi rebat RM1,000 bagi urusan pembelian gajet yang akan digunakan bagi tujuan pengajaran secara maya dengan inisiatif itu mampu meningkatk­an kualiti hasil PDP bagi kedua dua pihak.

“Isu murid kurang motivasi untuk belajar, dorongan perlu diberikan ibu bapa mengikut kemampuan mereka, selain perlu berhubung dengan pihak sekolah berkaitan masalah mereka.

“Sekolah ada guru bimbingan dan kaunseling yang mampu memberikan motivasi dan semangat belajar serta unit kebajikan murid sentiasa berusaha memberi bantuan sebaik mungkin kepada pelajar memerlukan,” katanya.

 ?? (Foto hiasan) ?? Pakar pendidikan berpendapa­t PDP menerusi TV Pendidikan lebih berkesan kerana lebih ramai murid dapat mengikutin­ya dengan mudah.
(Foto hiasan) Pakar pendidikan berpendapa­t PDP menerusi TV Pendidikan lebih berkesan kerana lebih ramai murid dapat mengikutin­ya dengan mudah.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia