Berita Harian

KKMM cadang perluas medium komunikasi

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bercadang memperluas dan mempelbaga­ikan medium komunikasi termasuk bahasa sebaran data, saranan dan mesej bagi memastikan maklumat difahami semua lapisan masyarakat.

Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata ia bagi membolehka­n warga asing khususnya yang bekerja di Malaysia untuk lebih memahami dan secara tidak langsung dapat mematuhi penyampaia­n maklumat kerajaan.

“Kerajaan mesti rancang dengan tepat dan tertib, kerana itu kami sangat berhati-hati terutama sekali (penyampaia­n) data, saranan serta mesej yang diberikan (kepada masyarakat).

“Kementeria­n Kesihatan adalah yang paling rapi dari segi memastikan semua berjalan baik.

“Kerajaan juga belajar bahawa pada peringkat awal kami terlupa sedikit bahawa sesetengah atau ramai warga asing tidak faham Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, jadi kami kena ada bahan yang diterjemah­kan dalam bahasa mereka.

“Pelbagai bahasa dan kami minta tolong penterjema­h untuk terjemahka­n, kalau tidak kami (kerajaan) marah pendatang tanpa izin tidak ikut prosedur operasi standard dan sebagainya,” katanya dalam temu bual khas, semalam.

Saifuddin berkata, kerajaan juga belajar untuk tidak menimbulka­n suasana panik dalam kalangan masyarakat dengan mempersetu­jui pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sesuatu kawasan, misalnya diumumkan dua hari sebelum pelaksanaa­n.

“Kerajaan hendak elak daripada rakyat panik, kami juga belajar, bila umum PKPB di sesuatu kawasan, orang ramai pergi beli barangan.

“(Jadi), kami umum dua hari sebelum (pelaksanaa­n) supaya mereka mempunyai masa untuk beli barangan keperluan,” katanya.

Katanya, kerajaan mengubah strategi mengikut kepentinga­n dan keadaan semasa COVID-19.

“Saya fikir yang penting adalah mengubah strategi mengikut keadaan semasa.

“Sebelum 12 Oktober, strategi kerajaan menentang COVID-19 disebut sebagai step and ladder, maknanya tengok kepada angka kuning atau merah baru kami ambil tindakan tertentu misalnya isytihar PKPB dalam sesuatu kawasan.

“Selepas kerajaan belajar terutama kes di Sabah, kami dapati bahawa step and ladder approach itu tidak lagi sesuai.

“Jadi, kita kena lebih pre-emptive dan kerana itu pada 12 Oktober kerajaan umum PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang bermula pada 14 Oktober,” katanya.

Kerajaan mesti rancang dengan tepat dan tertib, kerana itu kami sangat berhati-hati terutama sekali (penyampaia­n) data, saranan serta mesej diberi (kepada masyarakat).

 ??  ?? Saifuddin Abdullah,
Saifuddin Abdullah,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia