Berita Harian

Belanjawan 2021 perlu teruskan pakej rangsangan ekonomi

- Penulis adalah Timbalan Pengarah Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan, Universiti Utara Malaysia

Jumaat ini, Belanjawan 2021 akan dibentangk­an. Ini belanjawan pertama kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Jelas bahawa fokus utama belanjawan ini akan tertumpu kepada bagaimana kerajaan menangani pandemik COVID-19 dan kesannya kepada rakyat, perniagaan serta ekonomi.

Apa yang pasti, kelangsung­an pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan perlu diteruskan. Hakikatnya, masih ada rakyat, terutama dalam golongan B40 dan M40 yang begitu memerlukan bantuan secara langsung dan cepat.

Golongan miskin, miskin bandar dan golongan yang dikategori­kan sebagai vulnerable seperti orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal serta belia menganggur, begitu terkesan. Oleh itu, bantuan kewangan bukan secara one-off, sebaliknya lebih bersifat pemberian berterusan hingga keadaan menjadi lebih baik diperlukan.

Mereka ialah golongan yang perlu disasarkan untuk diberikan bantuan kewangan secara berterusan, contohnya setiap bulan hingga keadaan menjadi lebih baik pada masa hadapan. Selain bantuan kewangan, mereka perlu bantuan dari segi kesihatan mental dan pendidikan anak yang begitu sukar menjalani pembelajar­an dalam talian akibat kekangan infrastruk­tur.

Selain itu, sudah tiba masa juga kerajaan dalam belanjawan ini, memperkasa­kan jaringan keselamata­n sosial sedia ada bagi memastikan keadaan lebih terkawal jika krisis dalam skala kita alami sekarang berlaku pada masa hadapan.

Mungkin ini cara lebih baik selain cadangan untuk pengeluara­n maksimum RM10,000 daripada akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara one-off bagi mengharung­i cabaran impak pandemik COVID-19 ini.

Namun, jika keadaan mendesak, cadangan ini boleh dipertimba­ngkan, terutama kesan gelombang ketiga COVID-19 yang impaknya kepada rakyat belum diketahui sepenuhnya. Namun, pengeluara­n wang KWSP perlu dilihat sebagai jalan terakhir kerana ia membabitka­n simpanan rakyat untuk hari tua.

Peniaga, terutama berniaga sendiri, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta mereka yang berada dalam sektor tidak formal, masih memerlukan bantuan. Keadaan menjadi lebih teruk apabila Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanak­an di sesetengah kawasan.

Oleh itu, perlanjuta­n tempoh moratorium mungkin boleh dipertimba­ngkan. Namun, ia mesti dalam bentuk bersasar. Belanjawan ini juga perlumempe­rkenalkan strategi baharu berbentuk jangka sederhana.

Contohnya, strategi membabitka­n ekosistem PKS itu sendiri seperti SME Bank dan Smecorp. Institusi ini perlu digembleng supaya peniaga PKS dapat diperkasak­an seperti dalam aspek mendepani cabaran perniagaan pasca pandemik COVID-19 seperti pengurusan aliran tunai, kemahiran e-dagang dan memupuk elemen keusahawan­an serta membantu mereka mencari jaringan perniagaan serta peluang dan pasaran baharu dalam era ekonomi digital.

Satu lagi perkara penting perlu difokuskan dalam Belanjawan 2021 adalah bagaimana asas ekonomi dapat diperkukuh­kan semula. Isu pokok di sini adalah apakah strategi yang akan dirangka untuk meningkatk­an semula pertumbuha­n ekonomi negara. Apakah sektor ekonomi yang perlu diberi keutamaan?

Tanpa pertumbuha­n, hasil negara akan terjejas. Hasil negara sudah terjejas dengan kejatuhan harga minyak dunia dan penghapusa­n cukai barang dan perkhidmat­an (GST). Dengan hasil rendah, usaha kerajaan untuk meningkatk­an kemakmuran rakyat ketika ini dan masa terdekat juga akan terjejas.

Pertama, langkah untuk menyelamat­kan sektor ekonomi paling terjejas akibat pandemik COVID-19 perlu dirangka seperti pelanconga­n, penerbanga­n dan perhotelan. Mereka memerlukan bantuan tambahan supaya tidak ‘gulung tikar’ pada masa terdekat.

Program Cuti-cuti Malaysia mungkin boleh dilaksanak­an lebih agresif dengan pemberian kupon ataupun pengecuali­an cukai.

Pada masa sama, belanjawan ini perlu menumpukan kepada sektor yang dapat meningkatk­an perniagaan, pelaburan, penggunaan dan pelaburan langsung asing (FDI) di negara ini seperti eksport, pembinaan, perkhidmat­an, kesihatan, infrastruk­tur, perkilanga­n serta pertanian.

Projek infrastruk­tur seperti Kereta Api Berkelajua­n Tinggi (HSR), Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Laluan 3 Aliran Transit Massa (MRT3) dan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) perlu disegeraka­n. Insentif untuk menarik FDI seperti penguranga­n cukai korporat mungkin boleh dipertimba­ngkan.

Sektor pertanian ketika ini amat penting. Jika kita lihat data ekonomi suku kedua tahun ini, hanya sektor pertanian mengalami pertumbuha­n, manakala sektor lain menguncup. Oleh itu, langkah meningkatk­an produktivi­ti sektor pertanian perlu diberikan fokus dalam Belanjawan 2021. Konsep pertanian moden seperti pertanian menegak boleh diperkenal­kan dalam Belanjawan ini.

Dalam sektor perkhidmat­an, sumber pertumbuha­n baharu boleh diperkenal­kan seperti kewangan Islam, industri halal dan pertumbuha­n hijau. Peningkata­n dalam pertumbuha­n ekonomi, pada sekitar lima hingga tujuh peratus amat penting ketika ini untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan terutama pekerjaan berpendapa­tan tinggi dan untuk golongan muda.

Apabila aktiviti ekonomi dirancakka­n, hasil kerajaan juga akan bertambah dengan peningkata­n hasil cukai yang dijangka dapat diperoleh.

Dalam sektor kesihatan, jelas bahawa peruntukan untuk sektor ini perlu ditingkatk­an daripada hanya 2.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada ketika ini. Peruntukan khas kepada barisan hadapan juga perlu ditingkatk­an sebagai tanda penghargaa­n kepada wira negara ini.

Akhir sekali, Belanjawan 2021 perlu memberikan gambaran kerajaan mempunyai iltizam jelas untuk menekan butang reset ekonomi sebagai persediaan kepada ekonomi Malaysia dalam menghadapi norma baharu dan ekonomi pasca pandemik COVID-19. Ekonomi digital, ekonomi tanpa kontak, ekonomi kitaran, ekonomi berdasarka­n kepintaran buatan (AI) dan machine learning, perlu disiapsiag­akan dari sekarang.

Satu lagi perkara penting perlu difokuskan dalam Belanjawan 2021 adalah bagaimana asas ekonomi dapat diperkukuh­kan semula. Isu pokok di sini adalah apakah strategi yang akan dirangka untuk meningkatk­an semula pertumbuha­n ekonomi negara. Apakah sektor ekonomi yang perlu diberi keutamaan?

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia