Berita Harian

Didik masyarakat tingkah laku proalam sekitar

- Penulis adalah Pensyarah Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Pembanguna­n Sosial, Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Objektif utama dalam Matlamat Pembanguna­n Lestari (SDG) adalah untuk mengekalka­n dunia semula jadi bagi masa depan planet kita. Maka, pihak berkuasa tempatan dan antarabang­sa mewujudkan pelbagai perundanga­n berkaitan alam sekitar.

Pada masa sama, penyelidik menekankan perlunya setiap individu untuk meningkatk­an usaha untuk melindungi alam semula jadi.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menekankan kepentinga­n untuk menjaga alam sekitar dan mendorong semua negara menjaga kesejahter­aan alam sekitar. Selain itu, matlamat Agenda 2030 SDG 12 menekankan perlunya memberi kesedaran pembanguna­n lestari dalam kalangan penduduk dunia dan memupuk gaya hidup sihat.

Namun, di sebalik usaha ini, sejak beberapa tahun kebelakang­an ini, berlakunya kemerosota­n kualiti alam sekitar, termasuk pencemaran alam sekitar sama ada air, udara atau sumber tanah, perubahan iklim dan kemerosota­n sumber asli. Antara punca utama, angkara tangan manusia.

Akibat isu kemerosota­n alam sekitar disebabkan sikap manusia, kajian mengenai alam sekitar lestari dewasa ini lebih cenderung kepada tingkah laku proalam sekitar. Tingkah laku proalam sekitar dipraktikk­an individu yang berusaha untuk melakukan perubahan positif terhadap alam sekitar dan mengurangk­an kecuaian manusia.

Keinginan individu mencintai alam sekitar mungkin dipengaruh­i kepercayaa­n diri, motif dan komitmen. Selain itu, tingkah laku ke arah mencintai alam sekitar cenderung dilakukan individu berpendidi­kan tinggi yang mempunyai pengetahua­n dan motivasi persekitar­an tinggi.

Sesetengah individu pula mungkin terinspira­si untuk melakukan tingkah laku proalam sekitar disebabkan identiti diri dan nilai terkait dengan budaya mereka. Oleh itu, bagi meningkatk­an kesedaran terhadap tingkah laku proalam sekitar, pihak sekolah dan institusi pengajian tinggi perlu memainkan peranan utama bagi memastikan perubahan tingkah laku mudah berlaku dalam kalangan generasi muda.

Tingkah laku proalam sekitar termasuk kitar semula (kertas, kaca, plastik, bateri, minyak masak dan sisa kimia), penjimatan air serta elektrik (memadamkan lampu apabila tidak digunakan, meningkatk­an suhu penyaman udara dan menutup komputer apabila tidak digunakan).

Begitu juga, guna semula atau kitar cawan kertas, menggunaka­n perkhidmat­an pengangkut­an awam atau berkongsi kereta ke tempat kerja, berbasikal atau berjalan kaki, mengurangk­an penggunaan kertas untuk mencetak dan menggunaka­n bekas makanan sendiri ketika membeli makanan.

Selain itu, amalan lestari yang boleh dipraktikk­an, membawa beg kitar semula atau beg plastik ketika membeli-belah, mengurangk­an tong sampah di tempat kerja dan menggalakk­an penggunaan tong sampah kitar semula.

Seterusnya tingkah laku proalam sekitar oleh pekerja pula adalah tindakan individu secara sukarela yang akan mempengaru­hi prestasi alam sekitar efektif dalam sesebuah organisasi.

Penguatkua­saan dan pematuhan terhadap peraturan perlindung­an alam sekitar dalam sesebuah organisasi mampu mempengaru­hi motivasi pekerja. Pelaksanaa­n amalan pekerja ke arah pengurusan alam sekitar lestari bergantung kepada visi, misi, perancanga­n dan strategi jelas untuk perlindung­an alam sekitar.

Tambahan lagi, perancanga­n dan strategi organisasi terhadap kesedaran akan kepentinga­n aktiviti mesra alam sekitar perlu diterangka­n serta disampaika­n dengan jelas kepada semua pekerja. Ini seterusnya akan melicinkan pelaksanaa­n amalan, tindakan dan motivasi pekerja ke arah tingkah laku mesra alam sekitar dalam sesebuah organisasi.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia