Berita Harian

Perluas inisiatif PENJANA bantu ringan beban rakyat

Kerajaan boleh perkenal bantuan setem makanan, lanjutkan tempoh moratorium

-

Seremban: Golongan yang sangat terjejas oleh pandemik COVID-19 perlu dibantu melalui pemerkasaa­n kaedah sedia ada seperti peluasan inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi membantu meringanka­n bebanan mereka, kata pakar ekonomi.

Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, berkata antara yang boleh dilakukan oleh kerajaan ialah memperkena­lkan bantuan setem makanan selain melanjutka­n tempoh moratorium pembayaran balik pinjaman.

Menurut pensyarah Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan Universiti Tun Abdul Razak itu, kaedah berkenaan lebih sesuai berbanding pengeluara­n wang daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang juga satu simpanan untuk hari tua.

“Kerajaan pada masa ini memang sentiasa berhutang dengan KWSP, jadi sekiranya orang ramai dibenarkan membuat pengeluara­n itu, kerajaan perlu membayar hutang terlebih dahulu untuk membolehka­n KWSP mempunyai cukup wang untuk dibayar kepada pencarum.

“Pencarum sebenarnya sedang keresahan dan mereka mungkin merasakan (pengeluara­n Akaun 1) jalan keluar yang mudah, sedangkan KWSP diwujudkan untuk memastikan setiap mereka yang bekerja akan mempunyai simpanan selepas bersara,” katanya kepada BERNAMA, semalam.

Bagaimanap­un, katanya, kerajaan boleh melaksanak­an kaedah itu dalam bentuk pinjaman, iaitu pencarum perlu ‘membayar balik’ menerusi jumlah caruman yang lebih tinggi pada masa depan.

“Mereka boleh ambil (daripada Akaun 1) tapi perlu bayar semula melalui jumlah caruman yang sedikit tinggi pada masa depan. Misalnya, kalau sekarang mencarum 11 peratus (daripada jumlah gaji bulanan), boleh tambah 15 peratus untuk ‘recover’ semula dan kalau majikan juga boleh bantu dengan turut menambah caruman kepada pekerja,” katanya.

Pada 30 Oktober lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata sukar bagi kerajaan membenarka­n pengeluara­n wang Akaun 1 KWSP sekalipun ada cadangan agar rakyat dibenarkan berbuat demikian bagi membantu meringanka­n beban mereka yang bertambah susulan penularan COVID-19.

Kelmarin, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias, dilapor menggesa pencarum membuat janji temu dengan pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) untuk membantu merancang kewangan mereka.

Ini kerana katanya pengeluara­n simpanan Akaun 1 tidak harus menjadi satu-satunya cara untuk pencarum mendapatka­n tunai.

Sementara itu, penjawat awam, Hasnul Ariffin, 40, bersetuju dengan pandangan bahawa Akaun 1 adalah untuk simpanan hari tua dan tidak harus digunakan sekarang memandangk­an keadaan mungkin bertambah meruncing pada masa akan datang.

Kerajaan boleh melaksanak­an kaedah itu dalam bentuk pinjaman, iaitu pencarum perlu ‘membayar balik’ menerusi jumlah caruman yang lebih tinggi pada masa depan.

Barjoyai Bardai, Pakar Ekonomi

“Bagaimanap­un, saya rasa mungkin boleh diberi sedikit kelonggara­n kepada mereka yang benar-benar terjejas, yang mungkin tiada sumber langsung untuk meneruskan kehidupan, pastikan mereka kemukakan bukti misalnya surat pemberhent­ian kerja dan sebagainya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH, kelmarin
Keratan akhbar BH, kelmarin
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia