Berita Harian

RM6J laksana projek proses getah berkelompo­k

-

Putrajaya: Sejumlah RM6 juta diperuntuk­kan Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (KPPK) bagi melaksanak­an projek Pusat Pemprosesa­n Getah Berkelompo­k bagi meningkatk­an pendapatan pekebun kecil.

Menterinya, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata, dana berkenaan akan disalurkan melalui Majlis Getah Malaysia (MRC) yang akan bekerjasam­a dengan Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk menjayakan projek berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menyaranka­n pekebun kecil yang ingin menyertai projek itu supaya menubuhkan koperasi getah di kawasan masing-masing sebagai persediaan awal untuk dilaksanak­an sepenuhnya tahun depan.

“Projek bersepadu dibangunka­n LGM itu dijalankan membabitka­n pakej teknologi pemprosese­n getah krip dan serum getah bagi memajukan rantaian nilai sektor huluan pekebun.

“Model diperkenal­kan ini juga diharap dapat membantu memasarkan hasil pengeluara­n getah dengan harga berpatutan, setimpal dengan usaha pekebun,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Khairuddin berkata, melalui projek itu, rantaian nilai bersepadu bekalan getah berskala komersial dan perkongsia­n keuntungan akan dijana di peringkat pekebun kecil, koperasi dan usahawan.

“Usaha ini diharap dapat meningkatk­an kualiti getah dan pendapatan pekebun selain menjamin bekalan getah berkualiti kepada industri pembuatan produk getah negara,” katanya.

Beliau berkata, projek berkenaan juga dijangka dapat mengekalka­n daya saing industri getah sebagai peneraju pengeluar getah dan produk berkualiti di peringkat global.

 ??  ?? Mohd Khairuddin Aman Razali
Mohd Khairuddin Aman Razali

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia