Berita Harian

298 terima anugerah darjah kebesaran Melaka

-

Ayer Keroh: Sesi keempat Istiadat Penganuger­ahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena sambutan Hari Jadi Yang di-pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam, semalam, menyaksika­n 298 individu menerima anugerah kebesaran itu.

Mendahului senarai penerima, bekas Ahli EXCO Melaka, Datuk Ibrahim Durum yang menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira, manakala Ketua Sekretaria­t Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Indonesia, Said Aldi Al Idrus pula menjadi penerima tunggal Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) Kehormat yang membawa gelaran Datuk.

Istiadat berlangsun­g di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh itu turut dihadiri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Abdul Rauf Yusoh.

Seramai 68 individu menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk termasuk Setiausaha Politik Kepada Menteri Wilayah yang juga bekas Naib Presiden Persatuan Kelab Belia Malaysia (MAYC), Budiman Mohd Zohdi dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang juga pelakon dan pengarah drama, Dira Abu Zahar.

Selain itu, mereka yang turut menerima darjah kebesaran sama, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Omnia, Gilbert Chan Hong Beng; Ketua Pegawai Eksekutif Pembinaan SPK Sendirian Berhad, Maszeilan Mohamad serta Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Kota Melaka, Hishamuddi­n Abdul Karim.

Pengarah Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Mohd Rosli Abdullah; Ketua Pengarah Bahagian Perkhidmat­an Kejurutera­an Pertahanan (BPKP), Brig Jen Anhar Anuar serta Timbalan Pengarah (Gerakan), Jabatan Kementeria­n Dalam Negeri/ketenteram­an Awam (KDNKA), Ooi Kee Heng.

Istiadat penganuger­ahan itu diadakan empat sesi, dengan sesi pertama dan kedua berlangsun­g pada 10 dan 11 Oktober lalu, diikuti sesi ketiga, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia