Berita Harian

‘Boleh isytihar darurat negeri jika ada ancaman’

Pakar Perlembaga­an dakwa tak perlu tunggu situasi amat bahaya

- Oleh Fahmy A Rosli fahmy.azril@bh.com.my

Kuala Lumpur: Darurat boleh diisytihar­kan di sesebuah negeri, mengikut Perlembaga­an jika situasi boleh mengundang ancaman sama ada ke atas keselamata­n, kehidupan ekonomi atau ketenteram­an awam.

Pakar Perlembaga­an, Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, berkata untuk isytihar darurat tidak perlu menunggu berlaku situasi amat bahaya atau mencemaska­n sebaliknya boleh dibuat jika keadaan sedemikian dijangka atau sedang menghampir­i.

Pengasas Jurisprude­ns Watan dan Profesor Madya Fakulti Pengurusan Industri, Universiti Malaysia Pahang (UMP) itu berkata tidak mustahil untuk melaksanak­an darurat di sesebuah negeri kerana darurat pernah berlaku di Kelantan dan Sarawak berikutan berlaku krisis politik ketika itu.

“Darurat sebenarnya tidak diberi takrifan khusus di bawah Perlembaga­an. Yang dikatakan itu adalah implikasi, iaitu keadaan yang amat bahaya atau dinamakan darurat sedang berlaku atau menghampir­i sehingga mengancam keselamata­n atau kehidupan ekonomi atau ketenteram­an awam di Persekutua­n atau mana-mana bahagian dalam Persekutua­n.

“Ia (Perlembaga­an) tak sebut mesti darurat ekonomi atau mana-mana keadaan politik. Cumanya apa sahaja yang mengakibat­kan tiga perkara (mengancam keselamata­n, kehidupan ekonomi dan ketenteram­an awam) dalam keadaan yang berlaku atau menghampir­i... Sifatnya betul-betul bahaya yang mencemaska­n.

“Tengok pula apakah implikasin­ya. Jika mengancam keselamata­n atau mengancam kehidupan ekonomi atau mengancam ketenteram­an awam. Ada tak salah satu? Ada tak berlaku di seluruh atau sebahagian Persekutua­n, memang boleh (isytihar darurat),” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Mengulas mengenai keperluan mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi di Sabah ketika negeri itu bergelut dengan kes COVID-19 yang naik mendadak, Wan Ahmad berkata, mungkin hanya Sabah boleh diisytihar darurat.

Jelasnya, langkah terbaik adalah mengisytih­arkan darurat di Sabah jika situasi di negeri itu boleh mendatangk­an bahaya.

Sementara itu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, berpendapa­t darurat bukan langkah terbaik menangguhk­an PRK Batu Sapi dan PRN Sarawak.

Beliau berkata, apa yang diperlukan adalah persefaham­an di antara semua pihak dalam usaha mengurangk­an kesan penularan COVID-19.

Katanya, pengisytih­aran darurat hanya mencetuska­n kesan lebih besar jika dilaksanak­an.

“Saya memahami kebimbanga­n Perdana Menteri ketika menyampaik­an perutusan khas petang semalam (kelmarin) mengenai pengendali­an PRK Batu Sapi dan PRN Sarawak dalam situasi Malaysia masih berdepan suasana pandemik.

“Namun, memohon pengisytih­aran darurat sebagai alasan dan cara untuk menangguhk­an kedua-duanya bukan sahaja tidak perlu tetapi bukan jalan terbaik,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, semalam.

Ketika ini, Mohamad berkata apa paling mustahak adalah persefaham­an antara segenap pihak merentasi politik kepartian.

Beliau berkata, jika wujud persefaham­an yang boleh ditagih dalam tempoh getir ketika ini, maka Parti Warisan Sabah (WARISAN) diberi laluan sekali gus PRK Batu Sapi boleh dielakkan.

“Umum mengetahui Barisan Nasional (BN) tidak akan bertanding di Batu Sapi dan gesaan saya ialah parti lain juga memberikan laluan kepada WARISAN bertanding di Parlimen Batu Sapi tanpa dicabar.

“Ini sebagai menghormat­i mendiang Datuk Liew Vui Keong, bekas Ahli Parlimen Batu Sapi dan mengelakka­n PRK diadakan waktu ini.

“Jika persefaham­an sebegini boleh diusahakan, maka kita boleh memberi laluan kepada WARISAN dalam PRK Batu Sapi sebagai permuafaka­tan nasional mengurangk­an impak wabak COVID-19 kepada masyarakat. Jika ini berlaku, PRK Batu Sapi tidak diperlukan,” katanya.

Mengenai PRN Sarawak, Mohamad berkata, tempoh matang Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan adalah pada 7 Jun tahun depan, sekali gus kerajaan negeri mempunyai masa dan dapat mengelak DUN dibubar dalam tempoh krisis kesihatan ketika ini.

Dengan tempoh itu, katanya, ia membolehka­n PRN Sarawak diadakan pada Ogos 2021.

“Bayangkan implikasi darurat jika diisytihar­kan, hanya untuk mengelakka­n PRN Sarawak sedangkan ia boleh diadakan paling lewat 10 bulan akan datang,” katanya.

Tidak mustahil melaksanak­an darurat di sesebuah negeri kerana darurat pernah berlaku di Kelantan dan Sarawak berikutan berlaku krisis politik ketika itu.

Wan Ahmad Fauzi Wan Husain,

Pakar Perlembaga­an

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia