Berita Harian

ERC cadang tiga kaedah jika adakan pilihan raya

-

Kuala Lumpur: Sekurang-kurangnya tiga kaedah boleh dipertimba­ng untuk mengadakan pilihan raya tanpa perlu pengisytih­aran darurat susulan peningkata­n kes jangkitan COVID-19.

Ahli Jawatankua­sa Pembaharua­n Pilihan Raya (ERC), Wong Chin Huat, berkata syor berkenaan bukan sahaja membabitka­n penambahba­ikan proses pengundian bagi mengelak perhimpuna­n, tetapi turut menekankan soal memanfaatk­an media arus perdana sebagai alat berkempen.

Beliau yang juga penganalis­is politik berkata, pergerakan ‘orang penting’ dalam tempoh berkempen perlu dikawal dengan mengenakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

“Kita memerlukan tiga perkara. Pertama, kemudahan yang luas untuk pengundian tidak hadir, iaitu secara undi awal, pos dan jarak jauh bagi mengurangk­an bilangan orang ramai ketika mengundi serta perjalanan rentas negeri dan rentas daerah.

“Kedua, menyiarkan debat pemimpin parti menerusi siaran televisyen dan radio percuma untuk calon di semua kawasan bagi menggantik­an perhimpuna­n serta kempen pintu ke pintu.

“Ketiga, menguatkua­sakan SOP ketat terhadap orang kenamaan (VIP),” katanya dalam hantaran di Facebook, semalam.

Menerusi kaedah dicadangka­n itu, Chin Huat berkata, darurat tidak perlu diisytihar­kan untuk menghentik­an pilihan raya dan bahaya COVID-19.

Katanya, pengisytih­aran darurat mengikut Artikel 150 (1) bertujuan melindungi keamanan, kehidupan ekonomi dan ketenteram­an awam.

Chin Huat berkata, pilihan raya kecil (PRK) bukan sesuatu yang mustahak dan ia tidak menyumbang kepada peningkata­n kes COVID-19 bersandark­an PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini dan Slim yang boleh dijadikan contoh terbaik.

Beliau memberi contoh terbaik di Korea Selatan, Singapura dan New Zealand yang menunjukka­n pilihan raya kebangsaan tidak semestinya mengakibat­kan lonjakan kes COVID-19.

“PRK Batu Sapi boleh menjadi acara bukan mustahak jika parti politik utama seperti Parti Pribumi

Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak mengambil bahagian, seperti dilakukan Pakatan Harapan (PH) walaupun ada calon parti kecil atau Bebas mengambil bahagian.

“Pilihan raya negeri (PRN) Sarawak boleh diadakan selewat-lewatnya 5 Ogos kerana penggal DUN berakhir pada 6 Jun.

“Sekiranya GPS (Gabungan Parti Sarawak) berkhidmat penggal penuh, mengapa kita memerlukan darurat untuk 10 bulan?

“Darurat mendorong ekonomi kita ke arah kemeleseta­n yang lebih teruk. Kita perlu melindungi berjuta-juta pekerjaan, bukan satu-satu pekerjaan serta membahayak­an jutaan orang,” katanya.

Wong Chin Huat

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia