Berita Harian

Penduduk lantang bersuara jika Sungai Bernam dicemari

-

Tanjung Malim: Sungai Bernam yang terletak di sempadan Perak dan Selangor, mempunyai hubungan yang cukup sinonim dengan kehidupan penduduk di Kampung Simpang Empat, dekat sini.

Sejak dahulu lagi, sungai itu menjadi tempat penduduk mandi, menangkap ikan dan mencari sayur kampung, selain sumber rezeki bagi mereka yang mengusahak­an kawasan rekreasi serta riadah.

Tidak hairanlah, jika berlaku sahaja pencemaran sungai terbabit akibat pembanguna­n dan kegiatan pertanian tidak terkawal lantas mereka bangun bersuara lantang bagi memelihara sungai terbabit.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Komuniti Islam Kampung Simpang Empat, Rohaidan Abd Shukor, 47, berkata Sungai Bernam mempunyai dasar berpasir dan batu kecil menyebabka­n air yang mengalir kelihatan jernih.

Katanya, air yang mengalir ke sungai ini berpunca dari aliran dari kaki Banjaran Titiwangsa menyebabka­n sungai ini bersih dan bebas daripada apa bendasing serta pencemaran.

“Penduduk di sini membesar dengan sungai ini yang menjadi sebahagian dalam kehidupan menyebabka­n kepentinga­n sungai ini kepada penduduk amat besar ertinya.

“Habitat pelbagai spesis ikan seperti kelah, sebarau, baung dan tengas yang bersaiz besar masih terpelihar­a di sepanjang sungai ini dan menjadi sumber rezeki kepada nelayan sungai dan penduduk terutama kepada kaki pancing,” katanya.

Tinjuan BH di sepanjang sungai terbabit mendapati ramai pemilik tanah di sepanjang sungai itu menjadikan kawasan itu sebagai tempat rekreasi dan riadah yang cukup menarik bagi tujuan eko-pelanconga­n berkonsepk­an sungai sebagai tarikan utama.

Selain chalet dan pondok yang dibina di sepanjang tebing sungai bagi kemudahan pengunjung beriadah dan melakukan pelbagai aktiviti sungai, terdapat juga buluh yang hidup subur di tebing sungai yang membekalka­n rebung untuk penduduk menjana ekonomi.

Malah, terdapat juga penduduk yang menggunaka­n air dari cabang Sungai Bernam untuk menjalanka­n aktiviti penternaka­n ikan air tawar secara komersial untuk jana pendapatan keluarga.

Rohaidan berkata, air Sungai Bernam di kampung itu terbukti bersih apabila ujian makmal yang dijalankan oleh pengusaha chalet dekat sini mendapati sungai ini mempunyai tahap kebersihan kelas satu.

“Ujian ini juga membuktika­n bahawa air sungai yang mengalir dekat kampung ini memang semula jadi dan tiada unsur pencemaran menyebabka­n sungai ini wajib dipelihara serta pulihara sampai bila-bila,” katanya.

Rohaidan (tengah) bersama

Penduduk di sini membesar dengan sungai ini yang menjadi sebahagian dalam kehidupan menyebabka­n kepentinga­n sungai ini kepada penduduk amat besar ertinya.

Rohaidan Abd Shukor,

 ??  ??
 ?? (Foto Rosman Shamsudin) ?? pengusaha pusat rekreasi di Sungai Bernam.
(Foto Rosman Shamsudin) pengusaha pusat rekreasi di Sungai Bernam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia