Berita Harian

Sungai Budor jadi lokasi buang sampah

Penduduk dakwa individu buang waktu malam elak dikesan

- Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim nfazlina@nstp.com.my

Kota Bharu: Sungai Budor yang terletak di Kampung Sungai Budor, di sini, satu ketika dulu bersih dan terjaga, namun kini tercemar apabila dijadikan lokasi pembuangan sampah oleh individu tidak bertanggun­gjawab.

Tinjauan di lokasi berkenaan mendapati, kawasan di tepi sungai berkenaan dipenuhi dengan sampah, terutama lampin pakai buang oleh penduduk di sekitar berkenaan.

Kebanyakan penduduk mendakwa, individu yang tidak bertanggun­gjawab akan membuang sampah pada waktu malam bagi mengelak dilihat orang lain.

Malah, penduduk juga memaklumka­n, sebelum ini Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sudah membersihk­an sungai berkenaan dengan mengaut sampah sarap supaya air dapat mengalir dengan baik, namun perbuatan tidak bermoral itu masih dilakukan sehingga kini.

Walaupun tidak jauh dari lokasi berkenaan, terdapat tong sampah yang disediakan pihak berkuasa tempatan (PBT), kebanyakan penduduk lebih memilih untuk membuang sampah ke sungai berkenaan.

Penduduk, Nik Mohd Rosdi Nik Soh, 55, berkata sebelum ini sungai berkenaan juga dipenuhi sampah sarap namun sudah dibersihka­n oleh JPS menerusi pembersiha­n sungai dua tahun lalu.

“Ketika itu keadaan sungai memang cantik dan terjaga walaupun air keruh dan JPS sudah memberi amaran kepada penduduk supaya tidak membuang sampah ke sungai berkenaan.

“Namun, arahan itu hanya dipatuhi sementara waktu apabila penduduk kembali membuang sampah ke sungai berkenaan.

“Perbuatan itu agak ketara mulai tahun ini menyebabka­n bawah jambatan dan tepi sungai itu kini dipenuhi dengan sampah terutama lampin pakai buang,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

“Sampai bila kita perlu bergantung harap kepada JPS, sedangkan ia adalah kerja paling mudah iaitu jangan membuang sampah sekiranya mahu mengekalka­n keadaan sungai yang cantik dan bersih,” katanya.

Penduduk, Hafizi Mamat, 50, berkata walaupun dia melihat ada penduduk membuang sampai ke kawasan berkenaan, namun tidak mampu menegah kerana bimbang mencetuska­n perbalahan.

“Memang ada ketikanya saya nampak siapa yang membuang sampah, namun sebagai penduduk, kita tidak tergamak untuk menegur kerana bimbang berlaku pergaduhan.

“Saya cuma berharap pihak JPS menaikkan papan tanda larangan membuang sampah supaya penduduk lebih faham selepas ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JPS Kelantan, Kamal Mutapha, ketika dihubungi mengakui lokasi berkenaan dijadikan tempat pembuangan sampah oleh penduduk kampung.

Malah katanya, bukan hanya di Sungai Budor, sebaliknya beberapa sungai lain juga berdepan masalah sama disebabkan kurang kesedaran dalam kalangan masyarakat.

“Di Kelantan kita mempunyai lebih 1,000 anak sungai yang besar dan kecil. Agak mustahil untuk kita menjaga dengan melakukan penyelengg­araan secara berskala,” katanya.

Kamal Mustapha

 ?? (Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) ?? Nik Mohd Rosdi menunjukka­n sampah sarap di tebing Sungai Budor bertanggun­gjawab. yang dibuang individu tidak
(Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) Nik Mohd Rosdi menunjukka­n sampah sarap di tebing Sungai Budor bertanggun­gjawab. yang dibuang individu tidak
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia