Berita Harian

Presiden Taiwan mohon maaf kepada keluarga pelajar

-

Taipei: Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen memohon maaf kepada keluarga pelajar Malaysia yang dibunuh di selatan Taiwan, serta kepada rakyat Malaysia atas kejadian itu, lapor Agensi Berita Pusat (CNA) Taiwan.

“Presiden Taiwan menzahirka­n permohonan maaf kepada keluarga pelajar dan rakyat Malaysia,” kata jurucakap Pejabat Presiden, Xavier Chang.

Insiden terbabit mencalar imej Taiwan sebagai negara yang selamat dan mesra, dan mendedahka­n masalah dalam kalangan rakyat negara itu yang perlu diteliti supaya tragedi seumpamany­a tidak berulang, kata Ing-wen ketika mesyuarat tertinggi keselamata­n negara di Taipei.

Sementara itu, melaporkan Perdana Menteri Taiwan, Su Tseng-chang, turut menzahirka­n permohonan maaf bagi pihak kerajaan dan memaklumka­n mengarahka­n agensi berkaitan membantu keluarga mangsa.

Mangsa, Irene Chung, 24, pelajar tahun ketiga Universiti Christian Chang Jung, dilaporkan hilang oleh institusi pendidikan itu pada pagi Khamis lalu.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukka­n gadis itu berjalan seorang diri di laluan kereta api berhampira­n universiti itu, sekitar jam 8 malam Rabu lalu, sebelum dilaporkan hilang.

Menerusi rakaman CCTV itu, polis menemui dan menahan seorang suspek pada Khamis, yang disyaki menculik mangsa berhampira­n universiti berkenaan.

Suspek mengaku menjerut mangsa menggunaka­n tali dan membuang mayatnya berhampira­n kawasan pergununga­n di daerah Alian, Kaohsiung.

Suspek ditahan atas kesalahan membunuh dengan sengaja dan serangan seksual, dan kes itu diserahkan ke Pejabat Pendakwa Raya Daerah Ciaotou di Kaohsiung.

Di Kuala Lumpur, Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei menzahirka­n ucapan takziah kepada keluarga Chung.

 ?? (Foto Ghazali Kori/bh) ?? Anggota polis membawa mayat Siti Nur Surya yang ditemui maut dalam kejadian samun di Kampung Lubuk Batu, Terlemong.
(Foto Ghazali Kori/bh) Anggota polis membawa mayat Siti Nur Surya yang ditemui maut dalam kejadian samun di Kampung Lubuk Batu, Terlemong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia