Berita Harian

Anggota polis maut nahas ketika kejar penjenayah

Kereta peronda terbalik selepas bergesel kenderaan dinaiki 2 suspek

- Oleh Omar Ahmad bhnews@bh.com.my

Johor Bahru: Polis sedang memburu dua suspek lelaki yang terbabit dalam kemalangan menyebabka­n seorang anggota polis maut di Jalan Kangkar Tebrau, Kampung Kangkar Tebrau, di sini, pagi semalam.

Kejadian jam 6.24 pagi itu menyebabka­n Nicholeste­r Dadup Unggat, 20, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala, manakala rakan setugasnya, Lans

Koperal Mohd Khairul Musa, 32, cedera parah.

Kereta Perodua Myvi dinaiki dua penjenayah terbabit dipercayai bergesel dengan kereta peronda dinaiki dua anggota itu, sebelum ia terbalik dan dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) Perodua Aruz dinaiki dua orang awam dari arah bertentang­an.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata ketika kejadian anggotanya sudah membuat laporan kepada Pusat Kawalan Gerakan Daerah membabitka­n maklumat nombor pendaftara­n kereta suspek.

“Polis kini sedang giat memburu suspek dan percaya mereka masih berada di negeri ini.

“Kita juga yakin dapat menahan penjenayah ini dalam tempoh terdekat,” katanya ditemui ketika melawat keluarga mendiang Nicholeste­r di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan Ismail (HSI), semalam.

Mohd Khairul kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSI.

Ketika kejadian, kedua-dua anggota dari Balai Polis Bandar Dato' Onn itu sedang mengejar penjenayah berkenaan.

Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, pihak berkuasa itu sudah menemui kereta Perodua Myvi berwarna ungu yang digunakan suspek, ditinggalk­an di tepi jalan di Kampung Pandan, kira-kira tujuh kilometer dari lokasi kejadian.

“Hasil semakan awal mendapati, kenderaan ini di sewa atas penyewa yang lain.

“Unit Forensik yang membuat pemeriksaa­n turut menemui peralatan berkaitan dadah dan kita syak suspek terbabit sama ada dalam aktiviti penyalahgu­naan dadah ataupun mengedar bahan terlarang itu,” katanya.

 ??  ??
 ?? (Foto ihsan Bomba) ?? Kereta peronda dinaiki Nicholeste­r Dadup (gambar kecil) dan Mohd Khairul terbalik selepas bergesel dengan kenderaan dinaiki dua penjenayah di Jalan Kangkar Tebrau, Kampung Kangkar Tebrau, Johor Bahru, semalam.
(Foto ihsan Bomba) Kereta peronda dinaiki Nicholeste­r Dadup (gambar kecil) dan Mohd Khairul terbalik selepas bergesel dengan kenderaan dinaiki dua penjenayah di Jalan Kangkar Tebrau, Kampung Kangkar Tebrau, Johor Bahru, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia