Berita Harian

‘Adik tak sempat beli rumah’

-

Johor Bahru: “Adik berjanji dengan ibu untuk belikan rumah yang lebih besar selepas dia dinaikkan gaji, tetapi semuanya tidak sempat dilakukan.”

Demikian kata kakak sulung anggota polis yang maut awal pagi semalam, ketika beliau dan rakannya sedang mengejar kereta disyaki penjenayah pada jam 6.24 pagi di Jalan Kangkar Tebrau, di sini.

Anggota polis itu, Nicholeste­r Dadup Unggat, 20, maut di tempat kejadian apabila kereta peronda polis dinaiki bersama rakannya merempuh dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Perodua Aruz.

Kakak mangsa, Elizcavely­nicy Unchi, 23, berkata mendiang baru melaporkan diri pada April lalu di Balai Polis Bandar Dato' Onn, selepas tamat latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching, Sarawak.

“Dia memang adik dan anak yang baik.

Adik beritahu dia baru naik gaji dan berjanji dengan ibu di Kuching mahu membelikan rumah lebih besar kerana kami mempunyai keluarga besar di sana.

“Dia sangat muda untuk pergi dulu dalam usia 20 tahun. Kali terakhir kami jumpa minggu lalu di rumah sewa adik di Bandar

Dato'onn. Adik sangat gembira kerana kami sememangny­a rapat,” katanya yang bertugas sebagai jururawat Hospital Sultan Ismail.

Elizcavely­nicy berkata, dia menerima panggilan dari Balai Polis Bandar Dato' Onn jam 8.30 pagi semalam, memaklumka­n adiknya terbabit kemalangan.

“Saya ingatkan adik kemalangan biasa saja, namun tidak sangka meninggal dunia,” katanya.

Nicholeste­r yang juga anak ketiga dari lima beradik akan disemadika­n di kampungnya di Sibu, Sarawak.

 ??  ??
 ?? (Foto Omar Ahmad /BH) ?? Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menziarahi keluarga mendiang Nicholeste­r Dadup di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru , semalam.
(Foto Omar Ahmad /BH) Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menziarahi keluarga mendiang Nicholeste­r Dadup di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru , semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia