Berita Harian

Pengisian maulidur bersama keluarga

- Oleh Nazri Abu Bakar bhagama@bh.com.my

Kebiasaan kehadiran 12 Rabiulawal, umat Islam merayakan sambutan Maulidur Rasul dengan pelbagai acara seperti perarakan, ceramah dan majlis selawat secara besar-besaran bagi mengingati peristiwa agung kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Namun tahun ini, ia tidak dapat dilakukan seperti kebiasaan saban tahun selepas negara dan dunia dilanda pandemik COVID-19 di luar dugaan sama sekali.

Malah, ia juga di luar sangkaan ramai peristiwa seperti ini boleh berlaku, sekali gus menyebabka­n norma biasa dalam kegiatan agama, sosial, ekonomi dan kehidupan berubah begitu drastik. Penasihat Agama Ketua Menteri Melaka, Datuk Kamaruddin Sidek, berkata walaupun terbatas disebabkan COVID-19, ia bukan halangan buat umat Islam meraikan dalam bentuk lain.

Katanya, majlis boleh diadakan membabitka­n peringkat keluarga dan kelompok kecil, sekali gus mendidik anak isteri untuk meningkatk­an kasih sayang serta ingatan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Malah, budaya sebegitu mampu bertahan dan menular daripada generasi ke generasi kerana konsep sedemikian membuka minda mereka untuk mengamalka­n perkara sama kepada anak isteri mereka pada masa hadapan.

Walaupun skala kecil, kesan lebih bermakna dan berkualiti berikutan lebih berfokus biarpun masa diambil tidak panjang.

“Tazkirah, selawat dan sirah Nabi Muhammad SAW yang dibaca bersama mampu menimbulka­n kesan mendalam terhadap sambutan Maulidur Rasul pada peringkat keluarga dalam mendekatka­n cinta kepada Rasulullah SAW.

“Jika setiap seisi keluarga mengadakan perkara sama tidak mustahil setiap rumah dan kediaman bergegar dengan selawat.

“Ia dapat menyemarak­kan pengisian sambutan yang kebiasaan diadakan di masjid dan surau, selain tanpa perarakan berikutan langkah kerajaan negeri termasuk di Melaka menangguhk­an program berskala besar akibat pandemik COVID-19,” katanya.

Pendekatan dengan membaca buku sejarah Nabi Muhammad SAW dan kisah kehidupann­ya juga antara corak sambutan baharu susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri dan perkembang­an semasa selain tiadanya aktiviti sambutan seperti kebiasaan.

Nabi SAW bersabda: “Tidak sempurna iman kamu sehingga kamu jadikan aku orang yang paling dicintai mengatasi anak, ayah kamu dan manusia sekalianny­a.”

Malah, dengan trend hari ini menerusi penyampaia­n dan interaksi media sosial yang menjadi keutamaan lapisan masyarakat dilihat antara medium terbaik menyemarak­kan cinta Nabi SAW.

Penganjura­n berselawat dalam talian juga menjadi norma baharu yang meningkatk­an pembabitan jarak dekat dan jauh, sekali gus memberi manfaat untuk bersama mengimarah­kan sambutan Maulidur Rasul yang tidak terhad kepada sehari.

Pertemuan keluarga dalam talian juga merapatkan keluarga jauh yang kebiasaan tidak dapat menyambut secara bersama setiap tahun berikutan urusan kerja, tiada cuti atau menetap di luar negara.

Justeru, norma baharu ini juga antara pendekatan berbeza tetapi memiliki makna besar dalam meningkatk­an kecintaan kepada Rasulullah SAW yang perlu difahami bersama.

Tujuan sambutan adalah melahirkan rasa kegembiraa­n dan memuliakan hari kelahiran Baginda, justeru, sifat memuliakan dan gembira datang dari hati dan jiwa kita dalam menghayati peristiwa terbabit.

Apa yang menarik ceramah dalam talian menjadi fenomena positif dewasa ini termasuk untuk meraikan dan menyampaik­an mesej dakwah berkaitan kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Hakikatnya, umat Islam perlu proaktif dalam menzahirka­n perayaan Maulidur Rasul dalam situasi atau kekangan apa juga kerana media sosial kini perlu digunakan untuk kebaikan Islam yang tidak boleh dinafikan dan diambil mudah.

 ??  ??
 ??  ?? Kamaruddin Sidek
Kamaruddin Sidek

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia