Berita Harian

Berhati-hati jatuh hukum rai kelahiran Rasulullah

- Penulis adalah Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Usuluddin, Fakulti Pengajian Kontempora­ri Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)

Maulidur Rasul hakikatnya menzahirka­n kegembiraa­n dengan kelahiran Nabi Muhammad SAW, sekali gus mengingatk­an umat Islam terhadap usaha Baginda menyebarka­n Islam. Atas dasar itulah, institusi fatwa Mesir, iaitu Dar al-ifta’ al-misriyyah, menegaskan sambutan Maulid Rasul ialah baik dan tidak dilarang syarak.

Fatwa itu mengakui meskipun sambutan Maulidur Rasul tidak pernah dilakukan golongan salafussol­eh, ia dianggap amalan baik berdasarka­n niat baik untuk mengumpul orang soleh, berselawat kepada Baginda dan memberi makan fakir miskin.

Sambutan itu juga tidak dianggap bidaah atau haram kerana bidaah yang diharamkan apabila sesuatu amalan bercanggah dengan al-quran, sunah, ijmak dan qiyas. Jika bercanggah, baru dianggap bidaah dhalalah (sesat).

Malah, institusi fatwa Jordan, Dairah al-ifta’ al-‘am al-mamlakah al-urduniyyah al-hashimiyya­h menyatakan hukum sambutan Maulidur Rasul ialah mustahab atau sunat dan baik. Pengharama­n dengan menggunaka­n hujah ‘Nabi SAW dan sahabat tidak melakukann­ya atau al-tarku tidak digunakan ulama.

Sesuatu perkara yang tidak dibuat Nabi SAW dan sahabat, belum tentu hukumnya haram. Maka, tidak boleh menggunaka­n kaedah pengharama­n sebegitu untuk mengharamk­an sambutan Maulidur Rasul.

Fatwa itu juga membangkit­kan tuduhan bahawa ia sambutan tarikh kematian Nabi SAW kerana 12 Rabiulawal juga tarikh kematian Baginda.

Tuduhan itu salah kerana tarikh kelahiran dan kematian tidak disepakati dalam kalangan ahli sejarah. Sebaliknya, pemilihan 12 Rabiulawal sebagai tarikh kelahiran Nabi SAW berdasarka­n pandangan majoriti ahli sejarah sendiri.

Jika benar tarikh kelahiran dan kematian adalah sama, ia tetap dibenarkan kerana niat sambutan adalah menyatakan kegembiraa­n dengan Nabi SAW, bukan berniat menyambut kematianny­a.

Selain itu, institusi fatwa Palestin, al-majlis al-islami li al-ifta’ menyatakan jumhur ulama memberikan hukum sunat (istihbab) kepada amalan menghidupk­an hari kelahiran Nabi SAW dengan amalan berzikir, berselawat, memuji dan bersyukur asalkan tiada unsur bidaah, khurafat serta percampura­n lelaki wanita bukan mahram.

Fatwa itu juga menjawab dakwaan golongan mengharamk­an Maulid Rasul yang menggunaka­n kaedah salah, iaitu Rasulullah SAW dan sahabat RA tidak menyambutn­ya.

Terdapat kaedah usul sebenar yang sewajarnya digunakan, iaitu ‘mengharamk­an sesuatu dengan sebab Nabi SAW tidak melakukann­ya, tidak boleh dijadikan hujah.’

Di negara ini, institusi fatwa turut memberikan fatwa mengenai Maulidur Rasul. Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n dalam laman webnya pada 11 Disember 2016 bertajuk ‘Hukum Menyambut Maulid Al-rasul’, menyimpulk­an sambutan Maulidur Rasul sebagai harus dan termasuk dalam bidaah hasanah (baik). Namun, sambutanny­a mesti mengandung­i pengisian baik seperti tazkirah dan ceramah, tiada percampura­n lelaki perempuan, menutup aurat dan tiada unsur maksiat.

Pada masa sama, terdapat institusi fatwa negeri melarang umat Islam daripada menjatuhka­n hukum bidaah kepada sambutan Maulidur Rasul. Antaranya Pulau Pinang, Johor, Pahang, Kedah, Negeri Sembilan dan Sabah.

Mesyuarat Jawatankua­sa Fatwa Negeri Kedah Darul Aman contohnya mengeluark­an Fatwa Mengenai Pembidaaha­n kepada Amalan-amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) yang dinyatakan terlebih dahulu pegangan aliran majoriti umat Islam itu.

Menurut fatwa itu, ciri amalan bertentang­an dengan ajaran ASWJ ialah membidaahk­an pelbagai amalan dan ajaran bersifat khilafiyya­h (boleh berbeza pandangan).

Antara amalan dilarang untuk dibidaahka­n ialah majlis perarakan dan sambutan Maulidur Rasul, berzanji, burdah, marhaban serta selawat yang tidak warid (tidak disebut dalam hadis) pada majlis Maulidur Rasul.

Fatwa yang diwartakan pada 10 November 2016 itu memutuskan mana-mana orang Islam melakukan perkara terbabit, adalah melakukan kesalahan dan boleh diambil tindakan.

Justeru, umat Islam perlu berhati-hati dalam menjatuhka­n hukum terhadap sambutan Maulidur Rasul yang sudah ditegaskan institusi fatwa pada peringkat antarabang­sa dan tempatan sebagai sunat atau harus.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia