Berita Harian

Khazanah dijangka kekal 30 peratus saham Silterra

-

Khazanah Nasional Bhd membuat sedikit perubahan kepada terma dan syarat tender pengambila­lihan firma semikonduk­tor berkelas dunia, Silterra Malaysia Sdn Bhd.

Sayap pelaburan kerajaan itu bercadang mengekalka­n sehingga 30 peratus kepentinga­n dalam Silterra, syarikat yang sedang menanggung kerugian selepas melanjutka­n tender kepada 9 Oktober, berbanding 31 Julai pada asalnya, demikian menurut dokumen dilihat oleh New Straits

Times (NST).

Lanjutan itu memberikan pilihan kepada pembida termasuk tawaran terikat alternatif.

Tawaran terikat alternatif akan menimbangk­an sama ada penyertaan majoriti asing atau majoriti Malaysia.

“Khazanah akan mengekalka­n kepentinga­n minoriti sama ada 20 peratus atau 30 peratus dalam Silterra jika majoriti penyertaan asing terpilih,” kata sumber.

Khazanah mungkin mengekalka­n kepentinga­n minoriti antara 20 peratus dan 30 peratus jika ia memilih penyertaan majoriti Malaysia.

Bagi memudah cara tawaran terikat alternatif, syarat ekuiti dalam lesen pengeluara­n Silterra akan dimansuhka­n.

Lesen itu menjelaska­n bahawa sekurang-kurangnya 55 peratus saham pengeluar semikonduk­tor itu perlu dipegang oleh syarikat Malaysia dan ia termasuk 30 peratus ‘simpanan khas’.

Silterra juga akan berunding dengan Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) sebelum mengagihka­n saham diperuntuk­kan.

Pemansuhan syarat ekuiti tertakluk kepada kelulusan akhir MITI dan Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA).

Di samping tawaran terikat alternatif, pembida boleh menyemak bidaan yang dihantar, di bawah tawaran terikat dikemas kini, jika tiada perubahan kepada syarat ekuiti yang dinyatakan dalam lesen pengeluara­n Silterra.

BH dan NST sebelum ini melaporkan bahawa Khazanah menerima empat bidaan terhadap Silterra termasuk daripada firma Taiwan, Foxconn dan firma Jerman, X-FAB Silicon Foundries sebelum tarikh akhir 31 Julai lalu.

Dua lagi pembida adalah Dagang Nexchange Bhd (DNEX) dan Green Packet Bhd.

Pemerhati industri berkata, Foxconn mungkin penjadi pembida pilihan bagi Khazanah berikutan tawaran pembayaran tunai kira-kira AS$150 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia