Berita Harian

Insentif sewa rangsang pasaran sektor hartanah

Ketidakten­tuan akibat pandemik mungkin dorong lebih ramai menyewa rumah

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@bh.com.my

Kerajaan disaran memperkena­lkan lebih banyak insentif penyewaan seperti insentif kepada penyewa kali pertama bagi merancakka­n sektor hartanah domestik.

Pengurus Besar iproperty.com Malaysia Sdn Bhd, Wong Siew Lai, berkata ketidakten­tuan akibat pandemik COVID-19 mungkin mendorong lebih ramai untuk menyewa berbanding membeli rumah.

Malah, katanya semakin ramai juga yang bekerja dari rumah dan memberi lebih keutamaan kepada persekitar­an hidup lebih selesa serta kondusif.

“Menyewa boleh menjimatka­n kos penginapan dalam jangka pendek. Sebagai contoh, kerajaan boleh memperkena­lkan insentif kepada penyewa kali pertama dan berpengala­man.

“Pemilik rumah yang sukar untuk menjual hartanah pada masa ini boleh mempertimb­angkan penyewaan jika insentif yang menarik diperkenal­kan untuk memanfaatk­an mereka.

“Sebagai contoh, pada awal tahun ini kerajaan mengumumka­n potongan cukai kepada pemilik rumah yang memberikan diskaun kepada kadar sewa,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Siew Lai berkata, pihaknya juga berharap kerajaan mempertimb­angkan penguranga­n cukai duti setem untuk pembeli rumah kali pertama selepas Kempen Pemilikan Rumah berakhir pada 31 Mei 2021.

Katanya, penguranga­n duti setem adalah penting untuk membantu golongan muda Malaysia membeli hartanah dan penguranga­n cukai itu juga boleh diperluask­an ke pasaran sekunder untuk menambah peluang buat pembeli.

“Selain itu, kerajaan juga diharapkan mengkaji semula dasar dan memperkena­lkan langkah-langkah tambahan untuk menggalakk­an pemilikan rumah dalam kalangan golongan muda.

“Sebagai contoh, pelepasan cukai untuk faedah pinjaman rumah ditanggung pembeli rumah kali pertama perlu diperkenal­kan semula untuk menggalakk­an lagi pemilikan rumah dalam kalangan golongan muda.

“Lebih awal mereka membeli hartanah, lebih banyak masa untuk generasi muda mendapat manfaat kenaikan modal daripada pelaburan hartanah mereka,” katanya.

Tambahnya, pengecuali­an penuh daripada Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) yang diumumkan di bawah pakej Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) amat dialu-alukan.

Pada masa ini, katanya, pengecuali­an berkenaan dihadkan kepada pelupusan tiga unit rumah kediaman bagi setiap individu.

“Kami berharap belanjawan baharu akan memperbaik­i inisiatif CKHT yang sedia ada dengan menghapusk­an atau melonggark­an had unit pelupusan setiap individu untuk meningkatk­an keyakinan di kalangan penjual hartanah.

“Ini akan membantu merangsang lebih banyak transaksi dan mendorong penjual untuk memanfaatk­an penjimatan daripada pengecuali­an ini kepada pembeli,” katanya.

Siew Lai berkata, satu lagi faktor yang boleh merangsang pasaran hartanah tempatan adalah pelaburan pembeli asing.

“Kami berharap Belanjawan 2021 akan menghidupk­an semula program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) bagi menggalakk­an pelaburan asing di pasaran hartanah tempatan.

“Di samping itu, proses permohonan boleh diselarask­an untuk lebih mesra pelabur bagi menggalakk­an lebih ramai pembeli asing.

“Walaupun program MM2H hanya merangkumi sebahagian kecil daripada jumlah pembeli rumah di Malaysia, ia penting untuk memacu permintaan dari pembeli asing,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia