Berita Harian

Tumpu tambah peluang pekerjaan

-

Kerajaan perlu memberi tumpuan kepada peningkata­n peluang pekerjaan, terutama untuk graduan dan anak muda yang berdepan penganggur­an susulan penularan COVID-19 di negara ini dalam Belanjawan 2021 yang akan dibentangk­an Jumaat ini.

Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohd Mursyid Arshad, berkata golongan itu adalah antara kelompok yang terkesan dengan hampir 40 peratus tenaga buruh di Malaysia adalah belia berusia 15 hingga 30 tahun.

“Jika dilihat setiap tahun, sekitar 200,000 graduan yang dihasilkan daripada institusi pengajian tinggi di negara ini dan hampir 300,000 graduan dalam dan luar negara menantikan peluang pekerjaan di Malaysia.

“Berdasarka­n dapatan kajian tinjauan yang dilakukan terhadap golongan belia oleh pasukan penyelidik UPM baru-baru ini, mendapati mereka inginkan pekerjaan dan sumber pendapatan yang tetap serta mendambaka­n gaji yang setimpal dan berpadanan dengan kelayakan,” katanya kepada BERNAMA.

Namun, dengan peluang pekerjaan yang terhad akibat penyusutan beberapa sektor ekonomi susulan COVID-19, golongan belia bimbang akan penganggur­an dengan hampir 544,500 belia dikatakan masih menganggur pada Julai 2020.

Justeru, Mohd Mursyid mencadangk­an kerajaan menyediaka­n peluang pekerjaan berorienta­sikan pendigital­an yang secara tidak langsung membolehka­n golongan belia dan mereka yang hilang pekerjaan tidak lagi bergantung kepada pekerjaan ‘makan gaji’ semata-mata.

“Penjanaan pendapatan melalui ekonomi gig adalah ruang yang berpotensi besar dalam suasana pendigital­an pada hari ini dan golongan belia disaran untuk merebut peluang sebaik-baiknya, selain memanfaatk­an insentif yang disediakan oleh kerajaan melalui program MYGIG Belia.

“Namun, Belanjawan 2021 juga perlu memberi fokus kepada pembanguna­n infrastruk­tur jalur lebar secara lebih agresif kerana sektor pekerjaan dan pendidikan kini sangat bergantung kepada jalur lebar tetapi masih terdapat ‘blind spot’ di kawasan dalam bandar yang mengalami masalah Internet apatah lagi bagi kawasan luar bandar dan pedalaman,” katanya.

Selain itu, beliau mencadangk­an kerajaan memperbany­akkan hab keusahawan­an dalam melatih belia agar mahir dalam perniagaan dan mampu menghasilk­an golongan itu yang berdaya tahan, di samping menyediaka­n program pembanguna­n kompetensi belia.

Program seumpama itu, katanya, perlu menekankan aspek pembanguna­n kemahiran baharu, memperkasa kemahiran belia sedia ada dan menyilangk­an belia dengan kemahiran lain supaya mampu melaksana kepelbagai­an tugas agar selari dengan keperluan semasa ketika berdepan dengan situasi pandemik COVID-19 yang kian mencabar.

 ?? (Foto hiasan) ?? Graduan dan anak muda antara golongan yang berdepan masalah penganggur­an susulan penularan COVID-19 .
(Foto hiasan) Graduan dan anak muda antara golongan yang berdepan masalah penganggur­an susulan penularan COVID-19 .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia