Berita Harian

Dasar pajakan tanah jaga kepentinga­n negara

Saranan mansuh dasar wajar diketepi kerana dikhuatiri beri impak buruk

- Oleh Wartawan BH bhbiz@bh.com.my

Dasar pajakan tanah negara atau Skim Pajakan Persendiri­an (PLS) adalah sesuatu wajar dipelihara dalam menjaga kepentinga­n rakyat dan memastikan pemilikan tanah atau hartanah tidak boleh dimiliki sewenang-wenangnya oleh warga asing.

Susulan itu, saranan untuk kerajaan memansuhka­n dasar pajakan tanah wajar diketepika­n kerana ia dikhuatiri mendatangk­an impak buruk terhadap negara dalam jangka panjang.

Baru-baru ini, Setiausaha Kehormat Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA), Datuk Chang Kim Loong, dalam penulisan di satu kolum akhbar kewangan mempersoal­kan perkara berkenaan.

Beliau menyaranka­n dasar berkenaan dimansuhka­n kerana menurutnya, walaupun pajakan tanah dengan tempoh pajakan pendek adalah popular di negara yang terhad tanah seperti Hong Kong dan Singapura, ia adalah berbeza dengan Malaysia yang memiliki banyak tanah.

“Oleh itu, kerajaan tidak sepatutnya campur tangan dalam urusan tanah di Medini dan Johor Bahru. Dasar PLS hanya mencetuska­n banyak kekeliruan ke atas Pesuruhjay­a Bangunan, bank dan pasaran hartanah,” kata Kim Loong.

Bagaimanap­un, pemerhati industri menyatakan mereka hairan mengapa Kim Loong memberi tumpuan hanya kepada Johor, sedangkan pelaksanaa­n skim pajakan serupa turut diamalkan di negeri lain, termasuk Pulau Pinang.

Tidak berapa lama dahulu, kerajaan Pulau Pinang memberi jaminan kepada syarikat, terutama syarikat multinasio­nal di negeri itu, bahawa pajakan tanah perindustr­ian masing-masing akan dilanjutka­n.

Apa bezanya skim PLS di Johor dengan Pulau Pinang? Tiada beza, malah secara umumnya, skim PLS di Malaysia hampir sama dengan skim pajakan tapak (ground rent atau peppercorn rent) di United Kingdom (UK) yang membenarka­n tanah dipajak dan dimajukan sepanjang tempoh pajakan, yang mana akan dikembalik­an kepada pemilik setelah tempoh pajakan berakhir.

Secara ringkasnya, skim PLS hanya satu pilihan diwujudkan untuk membangunk­an tanah, ia bukan bertujuan menggantik­an kaedah pembanguna­n konvension­al sedia ada.

Umumnya, ia adalah alternatif kepada sektor swasta yang memiliki kapasiti, kemahuan dan opsyen untuk menyertai PLS menerusi kontrak sah.

Dalam konteks ini, ada beberapa perkara yang boleh dibahaskan mengenai pandangan berkenaan:

Kedaulatan negara

Bagi mana-mana negara di dunia, tidak ada kerajaan yang bersedia melepaskan hak milik tanah kepada orang asing. Malah ada kerajaan sanggup mengisytih­arkan perang bila tanah diambil orang asing. Mengapa Malaysia wajar menjadi lain dari yang lain dalam melonggark­an peraturan supaya tanah boleh dijual beli kepada sesiapa juga?

Kekal dalam tangan Malaysia Dasar PLS memang diwujudkan sebagai kaedah memastikan tanah atau hartanah negara ini tidak dimiliki orang asing sewenang-wenangnya atau melampau. Dasar pembanguna­n ini harus juga memahami sentimen rakyat yang ramai belum ada kediaman sendiri apatah lagi tanah semata-mata kerana mereka tidak berkemampu­an.

Pelaburan bertanggun­gjawab Semua pihak mahukan pelaburan asing tetapi ia hendaklah mengikut standard amalan dunia iaitu mengikut peraturan, mengikut syarat dan had. Jika tanah sudah dimiliki orang asing, apa pula tuntutan selepas ini? Kewarganeg­araan?

Ketelusan

Siapakah dapat menjamin kemasukan dana membeli tanah itu datangnya dari sumber yang boleh disahkan, yang bukan duit daripada ekonomi gelap, disalur oleh sindiket yang akhirnya akan menjual semula aset itu kepada pembida tertinggi. Mahukah kita dimanupula­sikan sedemikian rupa?

Tanah yang luas

Benar Malaysia masih memiliki tanah yang belum diteroka untuk pembanguna­n. Tetapi dasar pembanguna­n yang diamalkan kerajaan ialah pembanguna­n bersistema­tik. Tiada tanah saja-saja diteroka, hasil hutannya dijarah tanpa mengutamak­an kepentinga­n rakyat. Begitulah pembanguna­n tersasar seperti di Medini di Johor yang dirancang rapi memastikan masyarakat sekitarnya mendapat manfaat sama. Apa erti tanah diteroka demi untuk memuaskan orang asing yang ada duit saja?

Rumah jadi mahal

Hujah mengaitkan rumah pajak mendorong harga meningkat kerana berebut tanah pegangan bebas agak dangkal. Kenaikan harga ini diketahui umum didorong oleh spekulator dan pelabur berjangka pendek, bukan pembeli tulen yang mahu tinggal di sesuatu rumah.

Kecekapan PLS

Berikutan kes tuntutan mahkamah membabitka­n Tropika Istimewa iaitu subsidiari Mah Sing, ia memberi implikasi negatif terhadap PLS tetapi tidak bermakna dasar ini harus dimansuhka­n sama sekali kerana jika berbuat demikian, tanah negara akan terdedah kepada risiko diambil orang asing. Apa yang diperlukan adalah mengemas kini PLS berdasarka­n isu yang berbangkit.

Perluasan PLS Kelihatann­ya seperti ada usaha menggambar­kan PLS ini satu kaedah yang merugikan rakyat. Dakwaan sedemikian adalah serong kerana matlamatny­a mahu melindungi kepentinga­n rakyat Malaysia supaya tanah dan hartanah tidak dikuasai atau dibolot orang asing.

Siapa sebenarnya menentang PLS? Rakyat atau pemaju? Skim ini tidak begitu menarik bagi pelabur hartanah yang mencari keuntungan maksimum semata-mata. Mereka sebenarnya, ada ruang dan peluang yang lain dengan membabitka­n diri memajukan hartanah yang tiada sekatan kepentinga­n di pasaran terbuka, yang mana mereka boleh bersaing dengan membeli dan memajukan tanah yang sedia ada dalam pasaran.

PLS kabur?

Saranan pemansuhan PLS oleh HBA untuk tujuan perumahan kerana tidak jelas dari segi tempoh klasifikas­i tanah dan jenis pemilikan oleh pembeli. Hal ini boleh dihuraikan menerusi penerangan daripada pihak berkuasa berkaitan. Perkara ini jika ditolak mentah-mentah, ia hanya membawa kepada pergeseran pendapat.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia