Berita Harian

Kgroup, firma Austria bantu tingkat pendapatan pesawah

-

Key Alliance Group Bhd (Kgroup) menjalin kerjasama dengan Pessl Instrument­s Gmbh dari Austria untuk memperkena­lkan penyelesai­an internet pelbagai benda (IOT) bagi menambah baik pendapatan pesawah di negara ini.

Pengarah Eksekutif Kgroup, Roy Ho Yew Kee, berkata kerjasama itu akan memperkasa­kan pesawah kecil-kecilan yang mengalami penurunan hasil padi ketika kos pengeluara­n terus meningkat.

“Objektif utama projek ini adalah untuk mengubah trend ini dengan bantuan perkakas pertanian kejituan tinggi seperti IOT, pemodelan cuaca, pemodelan tanah dan lain-lain.

“Selain menambah baik pendapatan pesawah, objektif kedua kami adalah untuk mengurangk­an beban subsidi kerajaan kepada pesawah,” katanya kepada BERNAMA dalam satu temu bual, baru-baru ini.

Yew Kee berkata, projek itu akan dijalankan di satu daripada jelapang padi utama negara dan proses menyepaduk­an pelbagai komponen teknologi ke dalam platform sistem pengurusan maklumat beras (RIMS) disatukan akan mengambil masa kira-kira enam bulan sebelum hasilnya dapat dilihat.

“Ia dijangka berlangsun­g sehingga Mac 2021 apabila kami mula menjalanka­n ujian lapangan kami bagi dua musim penanaman,” katanya.

Yew Kee berkata, dengan kerjasama itu pesawah boleh mengurangk­an 20 peratus kos pengeluara­n mereka dan meningkatk­an 20 peratus hasil.

Ditanya sama ada perintah kawalan pergerakan yang dilaksanak­an di negeri tertentu akan melewatkan pelaksanaa­n projek itu, setakat ini beliau tidak menjangkak­an sebarang penangguha­n.

“Matlamat kami adalah untuk menjadi penanda aras serantau bagi pertanian kejituan tinggi dalam penanaman padi. Oleh itu kami berharap dapat sekurang-kurangnya setara dengan Thailand,” katanya.

Mengenai kerjasama dengan pemain teknologi pertanian Austria itu, beliau berkata ia akan memberi manfaat kepada RIMS, selain meningkatk­an prestasi pesawah ke tahap yang lebih tinggi.

Pessl Instrument­s, yang beribu pejabat di Weiz, Austria dan diasaskan pada 1984, ketika ini beroperasi di lebih 80 negara yang membangun dan mengedarka­n penyelesai­an teknologi pemantauan cuaca, risiko pertanian dan pengurusan saliran bagi pelanggan pertaniann­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia