Berita Harian

FBM KLCI tunjuk momentum lemah

-

Pembentang­an Belanjawan, pilihan raya presiden AS pengaruhi pasaran

Bursa Malaysia dijangka berada dalam aliran lemah minggu ini sementara menunggu pembentang­an Belanjawan 2021 Jumaat ini.

Penganalis­is berkata, analisis teknikal di petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menunjukka­n corak lemah yang menandakan momentum yang lebih rendah.

“Indeks kekuatan relatif (RSI) bagi FBM KLCI ketika ini berada pada 14, di bawah RSI 30, yang menandakan kedudukan terlebih jualan.

“Bagaimanap­un, sementara menunggu perkembang­an tempatan, momentum itu sama ada akan meningkat atau terus jatuh lagi selepas pembentang­an belanjawan pada Jumaat depan,” katanya.

Pelabur juga akan menunggu keputusan kadar faedah oleh Jawatankua­sa Dasar Monetari (MPC) esok serta pengumuman data penganggur­an dan pengeluara­n perindustr­ian Malaysia pada 9 November.

Beliau berkata, selain pembentang­an belanjawan dan mesyuarat MPC, pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) yang akan berlangsun­g esok juga akan mempengaru­hi pergerakan pasaran terutamany­a di pasaran pengeluara­n dan eksport bulan penuh pada bulan Oktober yang dijadualka­n akan dikeluarka­n minggu ini.

Bagi asas Jumaat kepada Jumaat, kontrak niaga hadapan MSM bagi November 2020 naik RM188 kepada RM3,252 satu tan, Disember 2020 meningkat RM149 kepada RM3,177 satu tan, Januari 2021 menambah RM69 kepada RM3,011 satu tan dan Februari 2021 tinggi RM50 kepada RM2,929 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan susut kepada 274,134 lot daripada 320,776 lot pada dua minggu lalu, manakala kepentinga­n terbuka berkuranga­n kepada 259,678 kontrak daripada 261,154 kontrak sebelum ini.

Di pasaran fizikal, November Selatan berada pada RM3,280 satu tan.

Pasaran ditutup pada Khamis bersempena cuti umum sambutan Maulidur Rasul. BERNAMA sedang pesat membangun.

FBM KLCI dijangka mencatatka­n pergerakan tidak menentu antara paras 1,430 dan 1,470 sementara menunggu pengumuman belanjawan.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, bursa tempatan menyaksika­n jualan besar-besaran di Pasaran ACE, menerajui penurunan indeks hampir 11 peratus kepada 9,443.20 berikutan ketidakten­tuan di pasaran tempatan.

Pada Jumaat, pasaran mencatatka­n penurunan terbesarny­a di keseluruha­n papan dengan FBM KLCI menjunam 28.31 mata atau 1.89 peratus selepas aliran rendah berterusan pada minggu lalu.

Sepanjang minggu yang baru berakhir ini, pasaran dipengaruh­i secara langsung oleh senario politik tempatan, Belanjawan 2021, pilihan raya baharu yang mungkin diadakan sebaik sahaja pandemik COVID-19 dapat dikawal, penurunan harga minyak mentah dunia serta pergerakan pasaran global.

Pasaran ditutup pada Khamis sempena cuti umum sambutan Maulidur Rasul.

FBM KLCI turun 27.75 mata minggu lalu kepada 1,466.89, berbanding 1,494.64 pada Jumaat minggu sebelumnya.

Di papan skor, Indeks FBM Emas berkuranga­n 213.65 mata kepada 10,613.58, Indeks FBMT 100 turun 208.0 mata kepada 10,423.63 dan Indeks Syariah FBM Emas Shariah jatuh 212.43 mata kepada 12,741.68.

FBM 70 susut 273.25 mata kepada 13,985.09.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmat­an Kewangan turun 349.77 mata kepada 12,009.39 dan Indeks Perladanga­n susut 53.10 mata kepada 6,801.90, manakala Indeks Produk dan Perkhidmat­an Perindustr­ian berkuranga­n 3.22 mata kepada 141.14. dijangka menjadi pemangkin bagi pergerakan ringgit berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada minggu ini.

Penganalis­is Pasaran FTXM, Han Tan, berkata selain itu, senario semasa politik tempatan yang tidak menentu juga akan menambah risiko yang boleh menjejaska­n prestasi mata wang tempatan itu.

Bagaimanap­un, katanya, pergerakan dolar AS dan ringgit akan dipacu terutamany­a oleh faktor luar.

“Bagi minggu akan datang (minggu ini), peningkata­n pergerakan risiko akan menyaksika­n dolaras dan ringgit menguji paras ketahanan 4.1707, dengan paras ketahanan kukuh sekitar paras psikologi 4.20,” katanya.

Sementara itu Ketua Pakar Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes, berkata daripada perspektif Asia kemenangan calon Demokrat, Joe Biden dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) esok akan dianggap sebagai lebih positif, berbanding penyandang sekarang Donald Trump.

Katanya, ramai peniaga yang akan memilih sehingga pilihan raya AS selesai sebelum membeli semula ringgit kerana isu pilihan raya itu masih kekal menjadi kebimbanga­n utama.

Sepanjang minggu yang baru berakhir ini, pengumuman data eksport Malaysia yang positif bagi September membantu ringgit menjadi mata wang mencatatka­n prestasi terbaik Asia pada hari itu.

Bagaimanap­un, indeks dolar AS meningkat lebih satu peratus apabila minat risiko global menyusut di tengah-tengah lonjakan semula kes jangkitan COVID-19 di ekonomi-ekonomi utama, manakala harapan terhadap pakej rangsangan fiskal AS mula menurun.

Indeks Teknologi berkuranga­n 1.09 mata kepada 59.69, manakala Indeks Penjagaan Kesihatan turun 38.49 mata kepada 3,083.37.

Semasa minggu dagangan yang singkat ini, jumlah dagangan turun kepada 21.09 bilion unit bernilai RM16.16 bilion daripada 42.67 billon unit bernilai RM25.89 bilion pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkuranga­n kepada 11.43 bilion saham bernilai RM12.94 bilion daripada 23.18 bilion saham bernilai RM20.43 bilion.

Jumlah dagangan waran turun kepada 2.84 bilion unit bernilai RM735.43 juta, berbanding 4.06 bilion unit bernilai RM988.80 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE juga susut kepada 6.80 bilion bernilai RM2.48 bilion daripada 14.66 bilion saham bernilai RM4.22 bilion. BERNAMA

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, ringgit turun berbanding dolar AS kepada 4.1530/1570 daripada 4.1500/1600 pada minggu sebelumnya.

Mata wang tempatan itu diniagakan kebanyakan­nya tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0427/0468 daripada 3.0593/0678 pada Jumaat minggu sebelumnya tetapi susut berbanding yen kepada 3.9757/9814 daripada 3.9664/9771.

Unit tempatan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3806/3866 daripada 5.4286/4434 dan meningkat berbanding euro kepada 4.8470/8529 daripada 4.9153/9288.

Pasaran ditutup pada Khamis sempena cuti umum Maulidur Rasul. BERNAMA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia