Berita Harian

Tujuh maut, sejuta dipindah taufan Goni badai Filipina

-

Legazpi: Sekurang-kurangnya tujuh maut dan hampir sejuta penduduk dipindahka­n selepas Taufan Goni membadai Filipina semalam, yang dijangka mengakibat­kan bencana paling buruk di negara itu.

Governor wilayah Albay, Alfrancis Bichara, memberitah­u stesen radio tempatan bahawa empat yang terbunuh itu termasuk seorang kanak-kanak berusia lima tahun.

“Dia lemas bersama seorang lagi mangsa dan empat mangsa mati selepas dihanyutka­n lumpur gunung berapi dan seorang lagi dihempap pokok,” katanya.

Menurut jabatan ramalan cuaca negeri, ribut taufan itu, yang dianggap paling dahsyat sepanjang tahun ini, mula membadai Pulau Catanduane­s pada jam 4.50 pagi waktu tempatan dengan kelajuan angin 225 kilometer sejam (km/j).

Kelajuan maksimum angin dijangka mencecah 310 km/j yang mampu menerbangk­an bumbung, menumbangk­an pokok dan mengakibat­kan banjir kilat.

Katanya, dalam tempoh 12 jam, ia dijangka menyebabka­n angin kencang yang dahsyat dan hujan lebat di wilayah Bicol membabitka­n bahagian hujung selatan pulau utama Luzon dan Catanduane­s.

Jurucakap Majlis Pengurusan dan Penyusunan Risiko Bencana Nasional, Mark Timbal, berkata angin kencang itu dijangka meningkatk­an risiko berlakunya banjir dan tanah runtuh.

“Gelombang ribut akan melanda pantai timur dan kini kami sedang memantau Gunung Mayon dan Taal terhadap risiko kemungkina­n aliran lumpur gunung berapi,” katanya melalui siaran media tempatan ABS-CBN.

Sementara itu, Ketua Pertahanan Awam, Ricardo Jalad, berkata hampir sejuta penduduk sudah meninggalk­an kediaman masing-masing di wilayah Bicol.

Katanya, kawasan pantai di ibu kota Manila juga berisiko dilanda ombak tinggi sehingga tiga meter yang boleh mengancam nyawa, sekali gus berupaya menenggela­mkan kawasan rendah.

Jurucakap pertahanan awam wilayah Bicol, Alexis Naz pula berkata, bangunan sekolah yang dikosongka­n sejak pandemik COVID-19 digunakan sebagai pusat perlindung­an sementara.

“Proses memindahka­n orang ramai menjadi lebih sukar disebabkan oleh COVID-19,” katanya kepada

 ??  ??
 ??  ?? Seorang penduduk meredah banjir dengan basikal di Legazpi ketika bandar itu dilanda taufan Goni, semalam. Gambar bawah, pekerja perbandara­n memotong pokok yang tumbang akibat taufan itu di bandar Tigaon, Filipina.
Seorang penduduk meredah banjir dengan basikal di Legazpi ketika bandar itu dilanda taufan Goni, semalam. Gambar bawah, pekerja perbandara­n memotong pokok yang tumbang akibat taufan itu di bandar Tigaon, Filipina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia