Berita Harian

Tokoh pemikir gesa tindakan bersama tangani pandemik

-

Riyadh: Tokoh pemikir global menggesa komuniti antarabang­sa berganding bahu pada Sidang Kemuncak Think 20 (T20) bagi mencari rumusan terbaik menangani krisis dicetuskan pandemik COVID-19.

T20 yang dianjurkan Riyadh menghimpun­kan kumpulan penyelidik, pertubuhan awam dan institusi antarabang­sa untuk berkongsi idea bagi membina sebuah dunia pasca COVID-19 yang lebih makmur, teguh dan inklusif.

Menurut laporan portal berita Arab News, T20 adalah tulang belakang bersifat intelektua­l bagi G20, yang menggabung­kan negara paling berkuasa di dunia, yang mana Arab Saudi menjadi presidenny­a tahun ini.

Pengerusi Pusat Penyelidik­an dan Kajian Islam King Faisal, Putera Turki Al-faisal, berkata penganjura­n T20 sebelum ini membuktika­n lebih banyak usaha perlu dilakukan melalui sidang kemuncak berkenaan.

“Pandemik COVID-19 menunjukka­n sekali lagi masalah dihadapi sebuah negara boleh diheret menjadi isu dunia,” katanya.

Ketua T20 yang juga Presiden Pusat Penyelidik­an dan Kajian Petroleum King Abdullah, Dr Fahad Al-turki pula menggesa tindakan bersama secara global bagi memerangi COVID-19.

“Waktu ini kita berdepan keadaan yang tidak pernah berlaku sebelumnya, sekali gus menuntut tindakan bersatu secara luar biasa kerana kita harus memenangi ‘perang’ ini secara bersama.

“COVID-19 mengingatk­an kita semua berhubung suatu ketetapan bahawa isu kesihatan adalah kebaikan awam secara global dan ia hanya boleh dicapai melalui kerjasama berkesan membabitka­n semua pihak, ” katanya.

Sementara itu, bekas Setiausaha

Waktu ini kita berdepan keadaan yang tidak pernah berlaku sebelumnya, sekali gus menuntut tindakan bersatu secara luar biasa.

Dr Fahad Al-turki, Ketua T20

Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, berkata tiada negara terpinggir dalam dunia yang saling berkait.

“Cabaran terbesar kami ialah sekarang kekal kepada pendirian menangani isu ini sebagai masalah global,” katanya.

Ki-moon mendesak kerjasama secara pelbagai hala kembali ke meja rundingan untuk memerangi pandemik COVID-19 dan perubahan iklim secara bersama.

Semua cadangan dalam komuniti T20 dibentangk­an hari terakhir pertemuan semalam sebelum berlangsun­gnya sidang kemuncak pemimpin G20 pada 21 hingga 22 November ini.

AGENSI

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia