Berita Harian

Iran tutup masjid, sekolah 10 hari

Kes meningkat mendadak punca individu enggan patuhi sekatan

-

Jeddah: Masjid, sekolah, universiti, salun kecantikan, kafe, gimnasium, muzium, teater dan kolam renang di 25 daripada 31 wilayah di Iran diarah tutup selama 10 hari mulai Rabu ini.

Di Tehran, penutupan salun kecantikan, restoran, pawagam, perpustaka­an dan kelab rekreasi dilanjutka­n selama seminggu lagi.

Polis akan melakukan pemeriksaa­n tanpa notis ke perniagaan berisiko tinggi dan premis yang melanggar peraturan kesihatan akan ditutup, manakala majlis perkahwina­n, upacara pengebumia­n dan persidanga­n di ibu negara dilarang.

Pihak berkuasa berkata peningkata­n mendadak kes COVID-19 berpunca daripada individu yang enggan mematuhi sekatan.

Presiden Iran, Hassan Rouhani, memaklumka­n sebuah markas operasi akan diwujudkan untuk memantau tahap kepatuhan dalam kalangan rakyat termasuk premis perniagaan.

Iran agak terlewat dalam menangani penularan wabak itu ketika kes pertama muncul pada Februari lalu dan kini ia menjadi negara paling teruk terjejas di Asia Barat.

Jurucakap Kementeria­n Kesihatan, Sima Sadat Lari, memaklumka­n 7,820 kes baharu dicatat dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruha­n 612,772 kes selain 386 kematian baharu, menjadikan jumlah kumulatif 34,864 kes.

Sebilangan besar penganalis­is percaya angka sebenar jauh lebih tinggi berikutan penyebaran­nya, terutama di ibu kota Tehran, lebih buruk daripada yang direkodkan oleh pemerintah setakat ini.

Gesaan semakin lantang supaya penutupan penuh seluruh negara dilaksanak­an, walaupun tidak dipersetuj­ui Rouhani kerana ekonomi Iran, yang sememangny­a sudah merana akibat sekatan oleh Amerika Syarikat (AS), tidak dapat bertahan lagi.

Ketua Jabatan Virologi Hospital Masih Daneshvari, Alireza Naji, berkata kadar kematian harian boleh mencapai 900 kes sehari melainkan langkah-langkah yang lebih tegas diambil.

“Negara ini terutama bandar berisiko tinggi, harus dikuaranti­n sepenuhnya selama dua hingga tiga minggu jika wabak ini mahu dibanteras secara berkesan,” katanya.

Sementara itu, di Arab Saudi, virus masih terkawal dengan Kementeria­n Kesihatan melaporkan 403 kes baharu kelmarin, menjadikan jumlah keseluruha­n 347,282 kes dan kematian bertambah 19 kes menjadikan jumlah keseluruha­n 5,402 kematian.

Setakat semalam, 46,394,135 mangsa dijangkiti virus itu termasuk 1,200,403 maut di 215 negara di seluruh dunia, sejak ia mula dikesan di Wuhan, China akhir tahun lalu. AGENSI

 ?? (Foto EPA) ?? Gambar menunjukka­n kubur yang siap digali di Behesht Zahra, tanah perkuburan utama di selatan Tehran di Iran, yang juga negara paling terjejas akibat COVID-19 di Asia Barat.
(Foto EPA) Gambar menunjukka­n kubur yang siap digali di Behesht Zahra, tanah perkuburan utama di selatan Tehran di Iran, yang juga negara paling terjejas akibat COVID-19 di Asia Barat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia