Berita Harian

Perintah berkurung kali kedua di England

-

London: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson, kelmarin mengumumka­n perintah berkurung untuk kali kedua selama empat minggu di England, sekali gus menyertai negara lain di Eropah.

Beliau, dalam perutusan dari Downing Street yang disiarkan di televisyen, berkata perintah berkurung akan bermula Khamis ini dan berakhir pada 2 Disember, dengan arahan tegas kepada penduduk England supaya jangan keluar rumah.

“Pengecuali­an hanya diberikan kepada mereka yang bekerja, dalam sektor pendidikan dan sukan dengan sekolah, kolej dan universiti terus dibuka, manakala semua kedai akan ditutup.

“Sekarang adalah masanya untuk bertindak kerana kita tiada alternatif lain. Virus kini merebak lebih cepat berbanding jangkaan paling buruk oleh penasihat saintifik,” katanya.

COVID-19 kini sudah meragut sekurang-kurangnya 1,201,189 nyawa dan menjangkit­i 46,458,284 mangsa di 215 negara seluruh dunia sejak ia dikesan di Wuhan, China akhir tahun lalu.

Kes jangkitan di United Kingdom (UK) melepasi angka satu juta selepas merekodkan hampir 22,000 kes baharu kelmarin.

Scotland, Wales dan Ireland Utara sudah melaksanak­an separa perintah berkurung dalam usaha mengurangk­an lonjakan kes.

Tindakan Johnson menangguhk­an perintah berkurung sebelum ini mengundang kritikan yang mendakwa tindakan itu menyebabka­n lonjakan ketara jangkitan baharu.

Datuk Bandar London, Sadiq Khan, dari parti pembangkan­g, berkata kelewatan kerajaan itu mengorbank­an nyawa dan menjejaska­n mata pencarian. AFP

Perintah berkurung kali kedua

 ?? (Foto APF) ?? Khamis ini. selama empat minggu di England bermula
(Foto APF) Khamis ini. selama empat minggu di England bermula

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia