Berita Harian

Pegawai tentera China-as bincang elak konflik

-

Washington: Pegawai pertahanan China dan Amerika Syarikat (AS) bersetuju mempercepa­t rundingan dua hala untuk meredakan ketegangan, sekali gus mencegah konflik lebih buruk antara dua kuasa tentera terbesar di dunia itu.

Difahamkan, gesaan itu didorong oleh penyebaran khabar angin bahawa pentadbira­n Presiden AS, Donald Trump, mungkin mengerahka­n tenteranya mempertaha­nkan kepulauan di Laut China Selatan yang kini dituntut oleh China.

Tentera kedua-dua negara tentera akan membincang­kan pencegahan dan pengurusan krisis pada Rabu dan Khamis ini menerusi sidang video dalam pertemuan pertama Kumpulan Kerja Komunikasi Krisis (CCWG).

“Kedua-dua pihak sepakat mengenai pentingnya membangun mekanisme untuk komunikasi tepat ketika krisis.

“Selain itu, wujud keperluan menjaga saluran komunikasi secara berkala untuk mencegah krisis dan melakukan penilaian pasca krisis,” kata Pentagon dalam satu kenyataan.

Anggota dalam kumpulan kerja itu termasuk wakil pejabat Setiausaha Pertahanan AS, anggota bersama dan Pemerintah Indo-pasifik AS.

China pula diwakili anggota Suruhanjay­a Tentera Pusat (CMO) untuk Kerjasama Ketenteraa­n Antarabang­sa, Jabatan Kakitangan

Bersama CMC dan Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) Pentadbira­n Pentas Selatan.

Kedua-dua penganalis­is China dan serantau mengatakan wujud keperluan mendesak ke arah itu ketika meningkatn­ya ketegangan antara dua negara terbabit dalam pelbagai bidang, dari perdaganga­n hingga persaingan geopolitik.

Ketegangan antara China dan AS meningkat ke tahap tertinggi sejak beberapa dekad kebelakang­an dengan kedua-dua negara terbabit dalam konfrontas­i di semua bidang, terutama di Laut China Selatan dan Selat Taiwan.

Ada juga yang berpendapa­t pilihan raya presiden AS minggu depan mungkin menjadi alasan untuk konfrontas­i ketenteraa­n antara kedua-dua negara, dalam usaha Trump selaku penyandang jawatan itu untuk meraih kelebihan politik untuk dipilih semula.

Perkembang­an itu juga mencermink­an rungutan baru-baru ini dalam kalangan pembuat dasar dan akademik China mengenai kesukaran untuk berkomunik­asi dengan rakan mereka dari AS.

Jurucakap Kementeria­n Pertahanan China, Wu Qian, berkata kedua-dua tentera sepatutnya mengadakan perbincang­an mengenai bantuan kemanusiaa­n pada pertengaha­n November dan keselamata­n maritim sebelum akhir tahun ini. AGENSI

Saya akan terus berjuang dengan lebih kuat untuk anda berbanding presiden terdahulu dalam sejarah AS. Donald Trump,

Presiden Amerika Syarikat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia