Berita Harian

10 artis dahului undian

Tinggal tujuh hari untuk peminat pilih artis pujaan sebelum malam kemuncak ABPBH 33

- Oleh Farihad Shalla Mahmud farihad@bh.com.my

Sepuluh calon pelbagai kategori Anugerah Bintang Paling Popular BH (ABPBH) Ke-33 diumumkan mendahului undian sejak proses pencarian pemenang dilancarka­n pada 7 Oktober lalu.

Artis terbabit adalah Aiman Tino; Alif Satar; Nur Fazura; Haqiem Rusli; Haziq; Hun Haqeem, Khai Bahar; Sherry Alhadad; Siti Nordiana dan Zahiril Adzim.

Kumpulan artis ini merangkumi penyanyi, pelakon, penyampai radio dan pelawak, malah ada dalam kalangan mereka dianggap bintang versatil yang menguasai lebih daripada satu bidang.

Bagaimanap­un, pengumuman yang dibuat penganjur ABPBH 33 dalam program hiburan terbitan TV3, Melodi dan sidang media virtual di sini, semalam, bukanlah jaminan artis terbabit bakal beroleh kemenangan.

Pengarang Berita Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir, berkata, peminat masih boleh mengundi artis pilihan dengan melayari www.abpbh.com.my sehingga tarikh akhir pada 8 November ini.

“Senarai 10 artis yang mendahului pencalonan ini boleh dianggap gambaran awal terhadap minat dan kecenderun­gan penyokong terhadap selebriti pujaan.

“Artis tersenarai sama ada memiliki produk yang baik dan viral, juga dilihat mempunyai hubungan rapat dengan peminat melalui sosial media yang menjadi medium utama komunikasi sejak penularan COVID-19.

“Apa yang penting, kuasa masih lagi di tangan peminat kerana tarikh tutup undian ABPBH 33 adalah pada 8 November ini,” katanya kepada HIP.

Sidang media virtual itu turut mengumumka­n pengacara, penyanyi dan pelakon popular, Datuk AC Mizal sekali lagi mengemudi malam kemuncak ABPBH bagi edisi ke-33.

Kali ini, AC digandingk­an dengan pelakon, Nabila Huda.

Turut diumumkan pengisian malam kemuncak yang bakal dijayakan bintang layak bergelar legenda dan bakat baharu.

Pentas ABPBH 33 bakal dihangatka­n dengan persembaha­n duet dan berkumpula­n membabitka­n gandingan Azlan Typewriter, Yonnyboii dan Zynakal; Faizal Tahir, Elly Mazlein, Syamel, Zizi Kirana dan Dolla; Ernie Zakri dan Hafiz Suip serta Naim Daniel,

Tuju dan Man Keedal.

Tidak ketinggala­n, Aina Abdul, Indah Ruhaila, Tomok dan Lan Solo serta pasangan adik-beradik, Liza Aziz dan Azlina Aziz bersama Noki K-clique.

Turut tersenarai, bakat baharu, Yonnyboii dan pasangan duet, Shalma Eliana yang akan mempersemb­ahkan lagu tema Xiaomi Malaysia iaitu Xiaomi For Me!

Pentas ABPBH 33 turut dihangatka­n dengan sketsa komedi yang dijayakan Khir Rahman, Liza Abdullah, Nora Danish, Joey Daud, Man dan Kaka Azraff.

ABPBH 33 turut memberi penghargaa­n dan pengiktira­fan kepada anak seni melalui kategori khas, Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat. Penerima anugerah ini bakal diumumkan pada malam kemuncak kelak.

Sementara itu, barisan penyampai trofi yang dipilih adalah dalam kalangan personalit­i dan artis hebat yang memiliki reputasi tersendiri dalam bidang diceburi.

Mereka adalah Datuk Rosyam Nor, Ramlah Ram, Saiful Apek, Shaheizy Sam, Zul Ariffin, Siti Nordiana dan Wany Hasrita.

Bagi segmen karpet merah pula, gandingan Sean Lee dan Sissy Imann pasti menghangat­kan lagi liputan eksklusif dari Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini. Malam kemuncak ABPBH 33 bakal menobatkan Bintang Paling Popular yang dipilih dalam kalangan calon Top 20 yang memperoleh undian tertinggi membabitka­n 13 kategori.

Tiga belas kategori itu adalah Artis Baharu Lelaki Popular, Artis Baharu Wanita Popular, Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia, Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Malaysia dan Artis Kolaborasi/ Duo/berkumpula­n Popular.

Kategori lain adalah Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon TV Lelaki Popular, Pelakon TV Wanita Popular, Artis Versatil Popular, Artis Komedi Popular, Pengacara TV Popular dan Penyampai Radio Popular.

Turut dipertandi­ngkan adalah lima kategori ‘online’ iaitu Gandingan Serasi Drama Popular, Gandingan Serasi Filem Popular, Lagu Paling Boom Popular, Artis Kontrovers­i Popular dan FC #Fantastik Popular.

Sebelum ini, ABPBH 33 mengumumka­n Xiaomi, iaitu sebuah syarikat elektronik multinasio­nal China yang ditubuhkan pada April 2010 dan beribu pejabat di Beijing, sebagai penaja utama.

Xiaomi melabur dalam pengeluara­n telefon pintar, aplikasi mudah alih, komputer riba, perkakas rumah, beg, kasut, elektronik pengguna dan pelbagai produk lain.

Kumpulan

 ??  ?? 10 artis yang mendahului ABPBH 33 setakat ini.
10 artis yang mendahului ABPBH 33 setakat ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia