Berita Harian

Moyes tuduh Salah menipu

Penyerang Liverpool didakwa sengaja jatuh dalam kotak penalti

-

London: Pengurus West Ham United, David Moyes (gambar) menuduh bintang Liverpool, Mohamed Salah menipu ketika pasukannya tewas 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield, kelmarin.

Penyerang The Reds itu memperoleh sepakan penalti berikutan terjahan Arthur Masuaku sebelum menjaringk­an gol penyamaan dan Diogo Jota meledak jaringan kemenangan pada minit ke-85.

Terdahulu, skuad kendalian

Jurgen Klopp dikejutkan dengan jaringan minit ke-10 Pablo Fornals selepas pemain tengah West Ham itu memanfaatk­an tandukan lemah Joe Gomez.

Moyes berkata: “Ia bukan permainan bola sepak yang saya mahu terbabit. Saya fikir pemain kami berhenti dan mengangkat tangan kerana sangat kecewa dengan tindakan sengaja menjatuhka­n badan.

“Saya hanya kecewa kerana mereka tidak menukar keputusan. Mungkin pada babak kedua keputusan lebih memihak kepada kami, tetapi babak pertama tidak.

“Saya kecewa. Bukan dengan keputusan itu tetapi lebih kecewa kerana kami membiarkan tendangan penalti itu dibenarkan. Pada saya, ia tidak penalti.”

Liverpool menyamai pencapaian terbaik mereka sebelum ini dengan 63 perlawanan tanpa kalah di gelanggang sendiri. Dalam pada itu, mengulas kemenangan pasukannya, Klopp berkata: “Ia bukan tentang menyinar, terbang atau apa saja, ia tentang kerja keras. Itu apa yang diperlukan untuk lawan seperti ini. Kami bermain baik, tidak ada 500 peluang atau apa saja tetapi ia mencukupi.

“Saya mahu melihat kami berusaha dan kami melakukann­ya, saya amat gembira,”.

Sementara itu, di Sheffield, Manchester City mengutip mata penuh apabila sepakan jarak jauh Kyle Walker pada minit ke28 sudah cukup bagi memastikan kemenangan 1-0 mengatasi Sheffield United di Bramall Lane.

Skuad kendalian Pep Guardiola hanya menang dua daripada lima perlawanan pembukaan liga musim ini dan masih belum berada pada tahap terbaik menjelang kunjungan Liverpool ke Etihad minggu depan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia