Berita Harian

Jawatankua­sa khas tentukan nasib

-

Kuala Lumpur: Nasib FELDA United FC dan UKM FC dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan kini bergantung kepada Jawatankua­sa Khas Bola Sepak Profesiona­l Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menjelaska­n jawatankua­sa berkenaan akan memutuskan sama ada rayuan dua pasukan itu mengenai proses penswastaa­n boleh dipertimba­ngkan atau tidak.

“Kedua-dua pasukan sudah mengemukak­an rayuan tetapi keputusan (kelmarin) dibuat berdasarka­n maklumat dan dokumen yang dihantar kelab.

“Sebelum ini, tiada pasukan meminta lanjutan tempoh. Namun selepas keputusan dibuat, kedua-dua pasukan sekarang mengemukak­an rayuan dan meminta masa untuk menghantar dokumen lain.

“Oleh itu, peranan sekretaria­t adalah akan membawa perkara ini kepada jawatankua­sa yang berkenaan untuk menerima atau menolak permintaan itu,” katanya.

Kelmarin, Stuart Ramalingam dalam satu kenyataan mengumumka­n FELDA United dan UKM FC gagal dalam proses penswastaa­n dan tidak boleh beraksi dalam Liga M musim depan.

Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas penelitian dilakukan terhadap dua pasukan itu mendapati kedudukan kewangan pelabur baharu untuk menampung kos pengendali­an bagi saingan musim depan didapati tidak cukup kukuh.

Katanya, pihaknya membuat keputusan itu bagi mengelak permasalah­an berkaitan gaji pemain dan pegawai yang mungkin berlaku lagi pada musim 2021 sekiranya pasukan tidak mempunyai kedudukan kewangan kukuh untuk bertahan sepanjang musim.

Kedua-dua pasukan sudah mengemukak­an rayuan tetapi keputusan (kelmarin) dibuat berdasarka­n maklumat dan dokumen yang dihantar kelab.

Stuart Ramalingam, Setiausaha Agung FAM

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia