Berita Harian

Aidil, Dollah ‘kepanasan’

Jurulatih Kedah, Pahang sudah sedia hadapi ‘pertembung­an maut’

- Oleh Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my

Aidil Sharin Sahak

Kuala Lumpur: Semua 15 jurulatih pasukan yang bersaing dalam kempen Piala Malaysia musim ini sudah boleh mula merangka strategi untuk menghadapi saingan kalah mati kejohanan berprestij itu selepas berakhirny­a proses undian, semalam.

Namun pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak, Dollah Salleh (Pahang), Michael Feichtenbe­iner (Selangor) dan Zainal Abidin Hassan (Melaka United) dilihat perlu bekerja lebih masa dalam merencana taktikal ampuh untuk mengelak tersingkir awal dari kejohanan tertua itu.

Ini selepas skuad Lang Merah bakal menempuh ‘pertemuan maut’ dengan Pahang di peringkat awal, sementara Selangor turut berdepan laluan sukar menentang Melaka.

Aidil percaya aksi berdepan skuad Tok Gajah menjadi pertembung­an yang sengit dengan perlawanan itu boleh dianggap sebagai ulangan separuh akhir musim lalu yang menyaksika­n Kedah mara ke final menerusi peraturan gol di tempat lawan selepas terikat 8-8 secara agregat.

“Saya rasa bukan sahaja pemain, tetapi peminat dari keduadua pasukan secara keseluruha­n pasti menanti aksi ini kerana pertemuan yang paling menarik pada pusingan pertama.

“Kekalahan kami kepada Pahang dalam Liga Super sebenarnya satu hikmah supaya pemain saya tidak ambil sambil lewa dan memberikan yang terbaik pada aksi itu nanti,“kata Aidil.

Pada undian semalam, juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat berdepan laluan lebih mudah apabila diundi menentang Kuching FA, pasukan yang membuat penampilan pertama pada kejohanan itu.

Menanti pemenang antara aksi JDT dan Kuching FA di suku akhir adalah Kuala Lumpur yang mendapat ‘bye’ susulan ketiadaan pasukan Sabah.

Semua perlawanan termasuk diperingka­t awal akan dilangsung­kan secara kalah mati dengan sepak mula akan berlangsun­g pada 6 November ini.

Sementara itu, Dollah pula mengakui anak buahnya sudah bersedia untuk mengharung­i saingan Piala Malaysia yang menawarkan satu lagi slot ke Piala AFC musim depan.

“Prestasi Pahang sebenarnya berada di tahap memuaskan biarpun beberapa keputusan kurang menyebelah­i kami, maka Piala Malaysia akan menjadi medan kebangkita­n kami dan sasaran saya mahu membawa Pahang muncul juara,” katanya.

Perlawanan pusingan pertama Piala Malaysia akan bermula pada Jumaat ini, diikuti suku akhir pada 12 dan 13 November manakala separuh akhir (17 November) dan aksi final pada 22 November.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia