Berita Harian

Motivasi Najib bagaikan ‘yo-yo’

-

Kuala Lumpur: Situasi semasa akibat pandemik COVID-19 yang melanda di seluruh dunia ketika ini menjadikan motivasi dan fokus pelumba basikal para, Mohd Najib Turano seperti ‘yo-yo’.

Najib yang meraih empat pingat emas di Sukan Para ASEAN 2017 (Para KL2017) berkata, sukar untuk dirinya meletakkan tumpuan terhadap sesuatu sasaran pada masa ini dengan keadaan pandemik sentiasa berubahuba­h.

Justeru, katanya, dia hanya memberi tumpuan kepada proses kelangsung­an latihan yang berpusat di Nilai, Negeri Sembilan dalam usahanya memburu slot ke temasya Sukan Paralimpik Tokyo, tahun depan.

“Daripada segi latihan, tak begitu mengganggu. Latihan tetap berlangsun­g tanpa henti. Cuma daripada sudut perancanga­n kejohanan itu sukar untuk digambarka­n kerana keadaan semasa ketika ini (COVID-19).

“Motivasi macam yo-yo. Kalau saya nak sasar satu (kejohanan), itu sukar kerana keadaan semasa yang sentiasa berubah-ubah. Contohnya, saya tak boleh terlalu memberi penekanan terhadap fizikal (sebagai persediaan menghadapi kejohanan), kerana mungkin berubah (tunda atau sebagainya). Jadi, saya kena ikut keadaan semasa,” katanya.

Ditanya mengenai impian ke Sukan Paralimpik tahun depan, pemenang tiga pingat perak dan satu gangsa di Sukan Para Asia Jakarta 2018 itu berkata, buat masa ini dirinya sedang berusaha gigih untuk ‘menambat hati’barisan kejurulati­han.

“Kalau para ada tiga slot, tapi belum dimuktamad­kan lagi siapakah yang bakal pergi,” kata Najib. “Saya sedang berusaha keras. Untuk pasukan pecut berpasukan ada tiga orang, siapa yang terbaik akan pergi.

“Sudah tentu saya akan berusaha gigih. Kalau ada rezeki, saya mahu pergi. Kalau tidak, saya akan cuba untuk Sukan Para ASEAN (di Vietnam, tahun depan) ataupun di Sukan Para Asia 2022 (di Hangzhou, China),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia