Berita Harian

Aaron-wooi Yik enggan terlalu selesa

- Oleh Helmi Talkah helmi.talkah@bh.com.my

Akui kini di landasan tepat untuk layak kali kedua di Bangkok

Kuala Lumpur: Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-soh Wooi Yik enggan terlalu selesa biarpun kini di landasan tepat untuk layak buat kali kedua ke saingan Jelajah Dunia Akhir BWF 2020 di Bangkok pada 27 hingga hingga 31 Januari ini.

Bagi Aaron, dua kejohanan Siri Asia yang turut berlangsun­g di Bangkok sebelum itu - Yonex Terbuka Thailand (12 hingga 17 Januari) dan Toyota Terbuka Thailand (19 hingga 24 Januari) cukup penting bagi mereka mengukuhka­n kedudukan seterusnya mengesahka­n tempat ke kejohanan akhir musim 2020 berkenaan.

Ketika ini, Aaron-wooi Yik berada di kedudukan keenam dalam ranking Jelajah Dunia Akhir yang mana hanya lapan pasangan terbaik layak beraksi dalam kejohanan berprestij itu.

“Peluang kami untuk layak memang cerah tetapi kami tidak boleh terlalu selesa dengan kedudukan sekarang.

“Dua kejohanan Siri Asia sebelum itu (Yonex Terbuka Thailand dan Toyota Terbuka Thailand) akan menjadi penentu buat kami. Ia juga kejohanan pertama kami selepas sembilan bulan tidak menyertai sebarang kejohanan (akibat pandemik COVID-19),” kata Aaron.

Kali pertama pasangan nombor sembilan dunia itu layak ke kejohanan akhir musim berkenaan adalah pada 2019 dengan pencapaian terbaik menyaksika­n mereka muncul naib juara Seluruh England pada Mac tahun yang sama.

Sementara itu, Malaysia berpeluang untuk menyaksika­n dua wakil beregu lelaki beraksi dalam kejohanan akhir musim berkenaan dengan pasangan profesiona­l, Teo Ee Yi-ong Yew Sin turut berada di landasan tepat untuk melayakkan diri.

Mereka kini berada di kedudukan ketujuh ranking Jelajah Dunia Akhir.

Bagaimanap­un, seperti Aaron-wooi Yik, Ee Yi-yew Sin yang digugurkan daripada skuad kebangsaan, awal tahun ini perlu menghasilk­an keputusan positif dalam kejohanan Yonex Terbuka Thailand dan Toyota Terbuka Thailand bagi menjamin tempat mereka.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia