Berita Harian

Fitri tekad kembali 2021

-

Kuala Lumpur: Meskipun terkilan tidak tersenarai dalam skuad hoki lelaki kebangsaan, namun pemain tengah berpengala­man, Fitri Saari tekad untuk kembali menambat hati barisan kejurulati­han negara pada saingan liga kebangsaan tahun depan.

Fitri yang juga adik kepada penyerang berbisa kebangsaan, Faizal berkata, dia harus kembali menunjukka­n prestasi diinginkan pada Liga Hoki Malaysia nanti dalam usaha membuka mata ketua jurulatih, Arul Selvaraj.

Pemain berusia 27 tahun itu bersama abangnya disenaraik­an menyertai kem latihan pusat yang dibarisi 37 pemain sebelum ini, selepas mempamerka­n aksi memberangs­angkan dengan membantu pasukan Terengganu muncul naib juara Piala Tun Abdul Razak, September lalu.

Namun kelmarin, namanya tidak berada dalam senarai 30 pemain yang bakal meneruskan kem latihan skuad kebangsaan.

“Saya sudah memberikan 100 peratus ketika kejohanan (Piala Tun Abdul Razak). Namun sekarang ini, saya perlu menambat hati jurulatih semula pada saingan liga tahun depan,” kata Fitri yang sebelum ini pernah bersama skuad kebangsaan.

“Tentunya saya agak terkilan, namun dalam masa harus membuktika­n kepadanya selepas ini dalam saingan domestik, semangat untuk saya mewakili pasukan kebangsaan masih berkobar-kobar.”

Kelmarin, Arul mengumumka­n barisan 30 pemain baharu yang bakal meneruskan latihan dengan empat daripadany­a adalah muka baharu. Mereka adalah penjaga gol, Muhamad Shafie Sahrom, Zulpidaus Mizun (pertahanan), Pavandip Singh (tengah) dan Nur Rahul Hrisikesa Mohd Murni Tatchana (penyerang).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia