Berita Harian

SOP kegiatan sosial, sukan akan diperketat seperti ketika PKP

PM bimbang situasi pandemik di seluruh negara masih catat peningkata­n

-

Saya menyatakan rasa bimbang kepada ahli mesyuarat mengenai situasi pandemik COVID-19 di seluruh negara yang masih mencatat peningkata­n dalam kes positif COVID-19 walaupun bukanlah peningkata­n yang mendadak.

Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri

Kuala Lumpur: Situasi penularan COVID-19 ketika ini memerlukan pendekatan mitigasi atau intervensi yang lebih cepat dan berkesan, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempengeru­sikan Sidang Khas Majlis Keselamata­n Negara (MKN) berkenaan COVID-19, semalam.

Dalam catatan Facebook rasminya semalam, beliau berkata, ia susulan daripada laporan peningkata­n kes positif di beberapa daerah di Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Johor, yang sebelum ini adalah zon hijau tetapi bertukar menjadi kuning atau merah dalam tempoh seminggu atau dua minggu.

“Alhamdulil­lah pagi ini saya mempengeru­sikan Sidang Khas Majlis Keselamata­n Negara (MKN) berkenaan COVID-19 bagi membincang­kan tindakan yang perlu dipertingk­atkan bagi mengawal dan menguruska­n pandemik COVID-19.

“Saya menyatakan rasa bimbang kepada ahli mesyuarat mengenai situasi pandemik COVID-19 di seluruh negara yang masih mencatat peningkata­n dalam kes positif COVID-19 walaupun bukanlah peningkata­n yang mendadak,” katanya.

Susulan itu, Muhyiddin mengarahka­n MKN membuat penilaian semula ke atas prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti sosial dan sukan supaya diperketat­kan lagi bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Beliau berkata, SOP itu perlu diperketat­kan seolah-olah menyamai SOP ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sehubungan itu, katanya, MKN akan membuat pembentang­an berhubung cadangan memperketa­tkan SOP dalam Sidang Khas MKN hari ini, dan berharap perkara itu dapat dilaksanak­an segera kerana kadar penularan jangkitan pada waktu ini dilihat agak membimbang­kan.

BERNAMA melaporkan Muhyiddin turut bersetuju dengan cadangan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah untuk meminda SOP Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di semua lokaliti yang terbabit di negeri itu.

Beliau berkata, pindaan SOP itu bertujuan membantu penduduk terbabit menjalani kehidupan dalam situasi PKPD dengan lebih baik.

Dalam pada itu Muhyiddin berkata antara perkembang­an positif dilaporkan dalam sidang khas hari ini adalah penamatan PKPD di lapan penjara selepas tiada kes baharu dalam tempoh 14 hari dilaporkan.

“Tahniah saya ucapkan kepada Jabatan Penjara dan Kementeria­n Kesihatan (KKM) atas kerjasama baik untuk membendung jangkitan COVID-19 di dalam penjara,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata SOP Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi, sudah dibentangk­an, namun memerlukan beberapa pindaan dan penambahba­ikan dan belum mendapat keputusan bersama KKM serta Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR).

Katanya, larangan rentas daerah untuk PRK sukar dilaksanak­an kerana keputusan sedemikian bercanggah dengan hak pengundi yang dijamin dalam Perlembaga­an Persekutua­n, sekali gus boleh dicabar di mahkamah.

Selain itu, beliau berkata, SOP sambutan Deepavali pada 14 November akan dimuktamad­kan dan diumum minggu ini dengan draf pertama yang dibentangk­an Kementeria­n Perpaduan Negara pada Jumaat lalu sedang diperhalus­i dalam sidang khas Majlis Keselamata­n Negara (MKN).

Selain itu, beliau berkata, kerajaan juga bersetuju memberi kelonggara­n baharu dalam SOP di beberapa lokaliti di Sabah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) susulan cadangan kerajaan Sabah.

Katanya, kelonggara­n itu merangkumi kebenaran bagi seorang wakil rumah untuk keluar dari kawasan PKPD, dengan kelulusan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Seorang wakil rumah boleh keluar, khusus untuk mengeluark­an wang dari mesin atau bank dan membeli keperluan asas serta barangan bukan makanan.

“Pindaan bagi memperuntu­kkan kelonggara­n SOP di beberapa lokaliti di Sabah juga merangkumi operasi pasar di kawasan PKPD, iaitu sebanyak dua kali seminggu dari jam 6 pagi hingga 2 petang.

Bagaimanap­un, katanya, pindaan kelonggara­n itu tidak terpakai di kawasan penjara dan pusat tahanan sementara di Sabah,” katanya.

Selain itu, Ismail Sabri juga berkata, Perintah Kawalan Pergerakan Pentadbira­n (PKPD) Kampung Saguking Laut dan Kampung Sebor Baru, Labuan ditamatkan esok.

Beliau berkata, penamatan PKPD itu susulan saringan COVID-19 oleh KKM mendapati jangkitan di dua lokaliti menurun dan terkawal.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia