Berita Harian

Rakan sekolah ditahan bantu siasatan kes bunuh Siti Nur Surya

Rakaman CCTV di rumah burung dedah kehadiran suspek

- Oleh Zaid Salim bhnews@bh.com.my

Hulu Terengganu: Polis menahan seorang gadis berusia 19 tahun bagi membantu siasatan kes bunuh Siti Nur Surya Ismail di rumah keluargany­a di Kampung Lubuk Batu, Telemong, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superinten­dan Mohd Adli Mat Daut, berkata tangkapan wanita yang juga kenalan di sekolah mangsa dilakukan selepas dia hadir bersama ibunya ke Balai Polis Hulu Terengganu jam 8.15 pagi

Katanya, tangkapan terhadap suspek dibuat berdasar beberapa bukti yang ditemui di lokasi kejadian dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah burung berhampira­n kediaman mangsa.

“Pada, jam 7.30 pagi suspek ke Balai Telemong ditemani ibunya untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

“Bagaimanap­un, keterangan wanita terbabit mencurigak­an, selain terdapat beberapa kesan kecederaan termasuk gigitan pada lengan dan badan mangsa sebelum menahannya untuk siasatan lanjut jam 8.15 pagi,” katanya pada sidang media di IPD Hulu Terengganu.

Katanya, polis turut menjalanka­n siasatan di rumah suspek di Kampung Kubang Labu, di sini, sebelum menemui beberapa barangan yang diambil dari rumah mangsa termasuk wang tunai dan peralatan solek.

Katanya, sebelum kejadian suspek dikatakan ke rumah mangsa dengan menaiki motosikal.

Ketika bersembang di ruang tamu, berlaku salah faham yang menyebabka­n suspek marah sebelum berlaku pergaduhan.

“Ketika bergelut, suspek dikatakan mengambil pisau dapur yang ada di ruang tamu sebelum mengelar beberapa kali pergelanga­n tangan kiri mangsa sehingga putus,” katanya.

Mohd Adli berkata, kes berkenaan diklasifik­asikan sebagai bunuh, bukan samun dan bunuh.

Suspek yang masih bersekolah di Tingkatan Enam ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh dan dibawa ke Mahkamah Majistret Marang, hari ini untuk permohonan reman.

Dalam kejadian semalam, Siti Nur Surya, 19, ditemui oleh adik perempuann­ya, Siti Nur Syuhada, 15, tertiarap di hadapan televisyen di ruang tamu rumah dalam keadaan berlumuran darah dan putus pergelanga­n tangan ketika pulang dari sekolah kira-kira jam 2.30 petang.

Pada awalnya ramai percaya mangsa dibunuh perompak yang memecah masuk rumahnya sekitar jam 9 pagi.

Mangsa yang turut cedera di muka dipercayai bergelut sebelum dibunuh menggunaka­n senjata tajam.

Difahamkan, ketika kejadian hanya dia dan ibunya yang terlantar akibat kanser otak berada dalam rumah, manakala bapa dan adik lain bekerja atau ke sekolah.

Sementara itu, teman lelaki mangsa, Muhammad Haiqal Adnan, 19, berkata kali terakhir dia berhubung dengan Siti Surya menerusi Whatsapp pada pagi sebelum kejadian.

“Saya beritahu hendak ke tempat kerja dan dia membalas, minta saya jaga diri,” katanya.

Pemuda dari Kampung Medan Jaya, Rusila, Marang itu, berkata dia yang mengenali Siti Surya sejak dua tahun lalu, dimaklumka­n mengenai kejadian menimpa mangsa oleh kenalan rapatnya jam 4 petang kelmarin.

“Pada mulanya, saya ingat rakan bergurau apabila dia memberitah­u Siti Nur Surya mati dibunuh. Saya terus ke rumah keluarga arwah dan bagaikan tidak percaya ia benar-benar berlaku.

“Saya dan ibu baru berjumpa Siti Surya Sabtu lalu ketika kami menziarahi ibunya. Ketika itu, arwah mesra bersembang dengan ibu,” katanya menambah, mereka rancang bertunang dan kemudian berkahwin tahun depan.

“Kami merancang untuk buat majlis tahun ini tetapi disebabkan COVID-19, ditambah keadaan ibunya yang sakit, kami menangguhk­an tahun depan,” katanya.

Difahamkan, jenazah arwah dibawa pulang ke Kampung Beladau Kepong untuk pengebumia­n petang kelmarin.

 ??  ??
 ?? (Foto Ghazali Kori/bh) ?? Orang ramai hadir pada pengebumia­n Siti Nor Surya di Tanah Perkuburan Kampung Beladau Selat, malam tadi.
(Foto Ghazali Kori/bh) Orang ramai hadir pada pengebumia­n Siti Nor Surya di Tanah Perkuburan Kampung Beladau Selat, malam tadi.
 ??  ?? Muhammad Haiqal menunjukka­n perbualan terakhir bersama Siti Nur Surya.
Muhammad Haiqal menunjukka­n perbualan terakhir bersama Siti Nur Surya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia